Kesan integriti pemerisaian sinaran seramik mullite-barite (MBC) terhadap kejadian kebakaran

Azuhar Ripin, and Faizal Mohamed, and Mohd Idzat Idris, and Nur Syafika Suhaimin, (2019) Kesan integriti pemerisaian sinaran seramik mullite-barite (MBC) terhadap kejadian kebakaran. Sains Malaysiana, 48 (2). pp. 443-449. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil2_2...

Abstract

Prototip seramik mullite barite (MBC) yang mengandungi fasa utama mineral barium aluminosilikat (BAS) merupakan seramik anti-sinaran yang dihasilkan daripada kaolin Malaysia akima-35 dan serbuk barite tempatan melalui kaedah pemprosesan seramik konvensional. MBC akan digunakan sebagai bahan perlindungan sinaran untuk dinding, lantai dan juga siling bagi kemudahan sinar-X perubatan di klinik, pusat perubatan dan juga hospital. MBC yang disediakan akan menjalani analisis struktur mikro menggunakan teknik serakan sinar-X (XRD) dan mikroskop imbasan medan elektron (FESEM) terutamanya bagi penentuan fasa serta morfologi seramik yang terhasil. Ujian ketebalan kesetaraan plumbum (LE) dan keseragaman dijalankan bagi menilai prestasi pemerisaian MBC sebelum dan selepas dibakar. Suhu simulasi kebakaran bangunan yang digunakan adalah 400, 900 dan 1100οC yang dibakar di dalam relau elektrik bersuhu tinggi. MBC yang dibakar ini akan sekali lagi melalui ujian XRD dan FESEM bagi melihat sebarang perubahan fasa dan morfologi sampel seramik tersebut. Ujian ketebalan kesetaraan plumbum dan keseragaman sekali lagi ditentukan bagi melihat perubahan prestasi pemerisaian. Daripada analisis struktur mikro menerusi XRD dan FESEM didapati tiada perubahan fasa Barium Aluminosilicate (BAS) yang signifikan berlaku bagi seramik sebelum dan selepas kebakaran. Keputusan ujian ketebalan kesetaraan plumbum dan keseragaman juga tetap sama direkodkan bagi MBC sebelum dan selepas kebakaran berlaku dengan ketebalan maksimumnya adalah 0.38 mmPb dan 3.6% keseragaman direkodkan. Daripada kajian ini dapat disimpulkan bahawa jika berlakunya kebakaran pada kemudahan penyinaran, prestasi pemerisaian dan keseragaman MBC dijangka tidak berubah seperti yang berlaku pada bahan perlindungan konvensional.

Item Type:Article
Keywords:Lead equivalent thickness; Medical X-ray; Mullite-barite ceramics (MBC); Radiation shielding
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:13098
Deposited By: ms aida -
Deposited On:18 Jun 2019 04:36
Last Modified:22 Jun 2019 00:25

Repository Staff Only: item control page