Zarina Othman, and Bakri Mat, (2018) Jaringan komunikasi dan media: satu analisis dari perspektif keselamatan insan. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 34 (3). pp. 21-39. ISSN 0128-1496
|
PDF
1MB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1086
Abstract
Berakhirnya era Perang Dingin bukan sahaja telah mengubah landskap politik dunia tetapi ia juga telah mengubah pemahaman tentang teori hubungan antarabangsa. Malah, teori hubungan antarabangsa mula menumpukan kepentingan kelangsungan hidup insan di samping kelangsungan dan keselamatan negara. Mutakhir ini, perkembangan pesat teknologi maklumat melalui jaringan komunikasi turut memberi kesan terhadap keselamatan insan. Gerakan massa di Mesir dan Syria, adalah antara contoh bagaimana akses terhadap teknologi maklumat dan media, memberi kesan sebaliknya terhadap masyarakat. Adakah perkembangan jaringan komunikasi semestinya baik untuk keselamatan insan dan kelangsungan hidup? Adakah pendekatan keselamatan komprehensif yang diterima pakai oleh banyak negara di Asia Tenggara tidak sesuai sebagai kerangka melindungi rakyatnya? Berdasarkan kajian kes di Tunisia, Mesir dan Syria, makalah ini menganalisa bagaimana akses terhadap jaringan komunikasi dan maklumat yang baik boleh memberi kesan pada keselamatan insan, dan mengapa konsep keselamatan insan dilihat lebih sesuai dalam konteks hubungan antarabangsa. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif dan analisa kandungan dengan merujuk dokumen primer dan sekunder seperti laporan rasmi, buku dan jurnal akademik untuk menerangkan konsep dan isu-isu keselamatan insan. Walaupun kajian ini memberi tumpuan terhadap aspek teori, dapatan kajian memaparkan kes empirik. Adalah diharapkan kajian ini akan menyumbang kepada pemahaman mengenai isu-isu keselamatan dan teori hubungan antarabangsa secara khusus berdasarkan jaringan komunikasi dan media.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Jaringan komunikasi; Gerakan massa; Teori hubungan antarabangsa; Keselamatan insan; Media |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 13102 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 01 Jul 2019 07:57 |
Last Modified: | 06 Jul 2019 21:04 |
Repository Staff Only: item control page