Kewartawanan advokasi: elemen advokasi utusan pengguna sebagai alat sokongan rakyat

Zaim Aiman Ibrahim, and Shahreen Mat Nayan, (2018) Kewartawanan advokasi: elemen advokasi utusan pengguna sebagai alat sokongan rakyat. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 34 (3). pp. 326-348. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1086

Abstract

Peranan kewartawanan amat luas dan memberi manfaat besar kepada sistem sosial dan masyarakat. Dalam konteks Malaysia, kewartawanan banyak memberi fokus terhadap isu politik, sukan, ekonomi dan perniagaan. Namun demikian, ruangan akhbar cetak, atas talian mahupun berita di televisyen kurang memberi perhatian terhadap isu-isu kepenggunaan. Kewartawanan advokasi masih berada pada tahap rendah dalam penglibatan menyelesaikan isu-isu yang dialami oleh masyarakat. Kewartawanan advokasi ialah satu terma yang merujuk kepada tugas wartawan yang bukan sekadar melaporkan sesebuah peristiwa, tetapi berperanan sebagai orang tengah dalam menyelesaikan masalah (Dixit, 2010). Pelbagai isu kepenggunaan, alam sekitar, masalah sosial dialami oleh masyarakat, tetapi sering dipandang enteng oleh media. Dalam artikel ini, pengkaji menjelaskan bagaimana para wartawan perlu menyumbang kepada perubahan sosial dalam konteks Malaysia. Perkara ini diperjelaskan dengan elemen-elemen advokasi yang berjaya dibuktikan keberhasilannya. Oleh hal itu, bagi menjawab persoalan ini, pengkaji menggunakan akhbar Utusan Pengguna sebagai kajian kes. Pengkaji telah menilai elemen-elemen advokasi yang telah diterapkan dan menilai keberhasilannya menyelesaikan isu-isu alam sekitar dan pengguna. Bagi menjalankan kajian ini, pendekatan kualitatif digunakan untuk menemubual empat individu yang arif dalam bidang kewartawanan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pendekatan advokasi yang diguna pakai oleh wartawan Utusan Pengguna berjaya memberi impak yang positif kepada masyarakat. Akhbar tersebut memberi ruang kepada golongan yang sering terpinggir bersuara. Laporan berbentuk penyiasatan merupakan pencetus kepada perubahan sosial.

Item Type:Article
Keywords:Kewartawanan advokasi; Utusan Pengguna; Masyarakat; Masalah sosial; Perubahan sosial
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:13120
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Jul 2019 01:13
Last Modified:06 Jul 2019 21:33

Repository Staff Only: item control page