Pendemokrasian maklumat blog: isu akauntabiliti dalam kalangan blogger di Malaysia

Muhammad Hakimi Tew Abdullah, and Muhamad Hanapi Khamis, and Zuliani Mohd Azni, (2018) Pendemokrasian maklumat blog: isu akauntabiliti dalam kalangan blogger di Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 34 (3). pp. 361-378. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
634kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1086

Abstract

Senario blog di Malaysia telah berkembang sejak tahun 2008 di mana rata-rata pengguna media telah menggunakan media baru sebagai media alternatif untuk mendapatkan maklumat yang mereka tidak peroleh melalui media arus perdana. Ternyata blog telah membekalkan pelbagai maklumat yang baharu dan berada di luar jangkaan pengguna media. Pendedahan demi pendedahan telah dibuat oleh para blogger dalam usaha untuk menghidangkan maklumat yang dinanti-nantikan oleh masyarakat pengguna. Blog juga digunakan sebagai landasan untuk menyampaikan maklumat secara pantas dan bebas kepada rakyat. Kertas kajian ini melihat sejauh mana blogger di Malaysia mengamal sifat akauntabiliti ke atas segala penulisan yang dipaparkan dalam blog mereka. Pendekatan kualitatif menerusi temubual mendalam dilakukan ke atas dua kumpulan blogger yang mempunyai ideologi politik yang berbeza. Sebanyak lapan (8) orang blogger ternama di Malaysia telah dipilih sebagai informan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa blog telah membuka landasan baru kepada masyarakat dalam menyampaikan maklumat. Wujudnya undang-undang yang boleh dikaitkan dengan para blogger sedikit pun tidak menjejaskan hasrat mereka untuk terus bebas dalam menyatakan pendapat kepada masyarakat umum. Selain itu, para blogger turut sedar dan telah menetapkan sifat akauntabiliti di tahap yang tertinggi dan sentiasa bertanggungjawab ke atas sebarang kemudaratan yang bakal lahir hasil daripada penulisan mereka. Para blogger juga sentiasa memastikan kesahihan maklumat yang disebarkan diraih dan bersifat responsif terhadap keperluan masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Blog; Akauntabiliti; Demokrasi; Kebebasan bersuara; Politik
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:13122
Deposited By: ms aida -
Deposited On:03 Jul 2019 01:27
Last Modified:06 Jul 2019 21:31

Repository Staff Only: item control page