Struktur semantik Aktionsart kata ‘ada’

Maslida Yusof, (2018) Struktur semantik Aktionsart kata ‘ada’. Jurnal Melayu, 17 (2). pp. 197-209. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
762kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1138

Abstract

Isu kata ‘ada’ masih dibincangkan dalam kalangan sarjana meskipun kajian yang agak ekstensif telah dilaksanakan mengenai subjek ini. Kebanyakan sarjana sependapat bahawa kata ‘ada’ boleh membawa fungsi sebagai kata kerja dan juga sebagai kata pemeri iaitu ada+lah (adalah) yang sama fungsi dengan kata pemeri ‘ialah.’ Sehubungan dengan itu, makalah ini akan mengkategorikan semantik kata ‘ada.’ Usaha ini adalah berdasarkan pengelasan predikat Aktionsart yang dicadangkan oleh Role and Reference Grammar (RRG). Kelas Aktionsart adalah kelas leksikal yang dianggotai oleh sesuatu kata kerja berdasarkan jenis proses ,keadaan dan sebagainya seperti yang dimaksudkan oleh kata kerja itu. Kelas ini memberi perhatian pada ciri hakiki temporal bagi kata kerja, iaitu, [± statik]), ] [± dinamik], [± titik penamat] dan [± tepat masa). Data penggunaan kata ‘ada’ diperoleh daripada data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka. Sehubungan itu reka bentuk kajian ini adalah bersifat kualitatif deskriptif yang bertujuan untuk mengkaji dan menjelaskan sesuatu fenomena bahasa yang berlaku. Kajian ini mendapati kata ‘ada’ ialah kata kerja keadaan yang bercirikan [+statik], [+tempoh masa] dan [– titik penamat]. Di samping itu, kata keadaan ‘ada’ boleh dikelompokkan kepada 3 sub kelas keadaan iaitu kata keadaan ‘ada’ kehadiran, kepunyaan dan identifikasi. Untuk kata keadaan ‘ada’ kehadiran, kajian ini telah menunjukkan bahawa kata kehadiran ‘ada’ boleh dibahagikan kepada kehadiran sesuatu (entiti) dan kehadiran sesuatu entiti pada suatu lokasi (lokasi). Secara kesimpulan makalah ini telah menjelaskan bahawa struktur semantik predikat keadaan iaitu predikat’ (x,y) atau predikat’ (x) dapat direpresentasikan oleh predikat mempunyai, identiti, entiti dan lokasi.

Item Type:Article
Keywords:Ada; Aktionsart; Pengelasan predikat; Role and Reference Grammar (RRG); Semantik
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:13132
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Jul 2019 23:38
Last Modified:06 Jul 2019 22:00

Repository Staff Only: item control page