Akhlak pemimpin dalam Hikayat Isma Yatim: satu analisis pendekatan adab

Muhd Norizam Jamian, and Nor Asma Ab Aziz, (2018) Akhlak pemimpin dalam Hikayat Isma Yatim: satu analisis pendekatan adab. Jurnal Melayu, 17 (2). pp. 255-276. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
539kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1138

Abstract

Makalah ini menganalisis akhlak pemimpin, berasaskan gambaran keperibadian akhlak menerusi watak Isma Yatim berdasarkan Hikayat Isma Yatim. Pendekatan adab berasaskan model kerangka pemikiran Syed Muhammad Naquib Al-Attas telah diaplikasikan untuk mencapai tujuan penulisan makalah ini. Perbincangan ini akan melihat keperibadian akhlak yang dimiliki oleh Isma Yatim bagi melahirkan insan yang dikenali sebagai insan adabi. Data kajian ini diperoleh melalui analisis kandungan teks Hikayat Isma Yatim yang telah ditransliterasikan oleh Ayu Nor Azilah (2003). Kajian kepustakaan turut dilakukan bagi memperoleh maklumat awal kajian ini. Syed Muhammad Naquib Al-Attas telah menggariskan bahawa antara prinsip adab yang harus ada dalam diri seseorang bagi melahirkan seorang insan adabi ialah amal ihsan selain daripada ilmu, kebijaksanaan dan keadilan. Dapatan penulisan ini menunjukkan watak Isma Yatim memiliki akhlak mulia serta budi pekerti yang baik apabila prinsip tersebut diamalkan. Penulisan ini juga mendapati Hikayat Isma Yatim memberi panduan kepada khalayak dalam menjalin hubungan dengan Allah (hablumminallah) dan hubungan sesama manusia (hablumminannas) yang menjelaskan status peranan bagi setiap manusia di dunia sebagai khalifah Allah serta sebagai hamba-Nya. Berdasarkan kepada pendekatan adab, Isma Yatim memenuhi kriteria seorang pemimpin yang berakhlak tinggi seperti tawaduk, berilmu, iklhas, pemurah, amanah, hormat-menghormati, berbakti kepada raja dan adil. Akhlak yang dimiliki oleh Isma Yatim melayakkan beliau digelar sebagai insan adabi kerana menepati prinsip-prinsip pendekatan adab yang telah digariskan.

Item Type:Article
Keywords:Akhlak pemimpin; Amal ihsan; Hablumminallah; Hablumminannas; Hikayat Isma Yatim; Pendekatan adab
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:13136
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Jul 2019 00:28
Last Modified:06 Jul 2019 22:04

Repository Staff Only: item control page