Analisis pembentukan pasif semu bahasa Melayu dalam kerangka generatif

Kartini Abd. Wahab, (2018) Analisis pembentukan pasif semu bahasa Melayu dalam kerangka generatif. Jurnal Melayu, 17 (2). pp. 277-298. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
722kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1138

Abstract

Makalah ini mengupas persoalan berkaitan pembentukan pasif semu bahasa Melayu dalam konteks perubahan analisisnya dalam kerangka Generatif. Berdasarkan Syntactic Structures, pasif semu dianalisis sebagai struktur yang diderivasikan daripada ayat aktif menerusi rumus Transformasi Pasif. Walau bagaimanapun, analisis pembentukan pasif semu yang terawal ini mempunyai beberapa isu tentang perkaitan derivasi aktif-pasif di peringkat Struktur-D dan Struktur-L, rumus yang bersifat over generate, kewujudan fitur pasif <+Pas> pada kategori FN dan faktor pergerakan objek dalam pasif semu. Justeru, selaras dengan perkembangan terkini teori Tatabahasa Generatif (TG) menerusi pendekatan Program Minimalis, makalah ini bertujuan untuk menghuraikan proses pembentukan pasif semu dan menyelesaikan isu-isu dalam analisis pasif semu yang terawal. Analisis deskriptif dilakukan ke atas ayat pasif semu dengan mengaplikasi prinsip dan konsep yang diperkenalkan oleh Program Minimalis. Dapatan analisis menunjukkan bahawa pasif semu diderivasikan berasaskan daftar leksikalnya yang tersendiri dan bukannya terbit daripada ayat aktif di peringkat Struktur-D. Analisis juga mendapati struktur pasif semu mengandungi frasa kata kerja kecil (Fk), yang mana kepala fungsional k diduduki oleh morfem Ø-PASIF. Kepala fungsional k juga memprojeksi spek berganda, iaitu spek dalam dan spek luar, dalam struktur pasif semu. Seterusnya, analisis mendapati bahawa pergerakan objek dalam pasif semu dicetuskan oleh keperluan penyemakan fitur tak berinterpretasi. Implikasi analisis menunjukkan bahawa menerusi beberapa pembaharuan yang diperkenalkan dalam Program Minimalis, pendekatan ini dapat menyelesaikan isu-isu berhubung mekanisme pembentukan pasif semu yang terawal dengan berpada.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Melayu; Fk; Pasif semu; Program Minimalis; Rumus Transformasi Pasif
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:13137
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Jul 2019 00:35
Last Modified:06 Jul 2019 22:05

Repository Staff Only: item control page