Konsep jati diri Melayu dalam puisi catatan kembara “Nota Kecil Menyeberang Usia”

Azzurin Mohd Yassin, and Mas Rynna Wati Ahmad, (2018) Konsep jati diri Melayu dalam puisi catatan kembara “Nota Kecil Menyeberang Usia”. Jurnal Melayu, 17 (2). pp. 299-311. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
824kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jmelayu/issue/view/1138

Abstract

Jati diri Melayu itu adalah sangat berkait dengan maksud orang Melayu yang digariskan dalam Perlembagaan, iaitu seorang yang beragama Islam, menggunakan bahasa Melayu sebagai medium komunikasi, serta mengamalkan budaya dan adat Melayu dalam kehidupan seharian. Kajian ini melihat tentang hubungkait konsep jatidiri dalam penulisan kembara sebagai suatu genre sastera di Malaysia. Tujuan utama kajian ini adalah, untuk menghayati puisi yang berbentuk catatan kembara yang diambil dari penulis muda, Fahd Razy yang mengadaptasikan pengalamannya ke dalam bentuk puisi, ketika beliau berada di perantauan. Puisinya yang berjudul “Nota Kecil Menyeberang Usia” dalam buku kumpulan puisinya yang bertajuk, Menggeledah Nurani (2008) menjadi tumpuan dalam kajian ini. Genre penulisan catatan kembara bukanlah sesuatu yang baru di negara ini, dan dilihat sebagai alternatif untuk menceritakan isu jati diri yang sentiasa relevan. Kajian ini dilihat mampu mengangkat karya catatan kembara ke suatu ruang wacana yang serius, kerana karya yang bergenre catatan kembara masih kurang mendapat perhatian. Penganalisisan kajian ini merujuk kepada Model Jati Diri Melayu, yang mengklasifikasikan kepada tiga aspek iaitu yang pertama, Islam agama luhur, adat dan budaya Melayu berlandaskan syariah dan bahasa Melayu sebagai teras jiwa bangsa untuk menyampaikan ilmu dan pemikiran. Namun, hanya aspek adat dan budaya Melayu berdasarkan syariah digunapakai dalam perbincangan ini. Prinsip berperanan untuk mengulas mengenai isu bahasa dan jati diri Melayu yang terkandung dalam puisi catatan kembara yang dipilih.

Item Type:Article
Keywords:Fahd Razy; Jati diri; Menggeledah Nurani; Puisi kembara; Puisi Melayu
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:13138
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Jul 2019 00:44
Last Modified:06 Jul 2019 22:06

Repository Staff Only: item control page