Propaganda British di Tanah Melayu pada zaman Perang Dunia Pertama

Muhammad Aslah Akmal Azmi, and Mohd Samsudin, (2018) Propaganda British di Tanah Melayu pada zaman Perang Dunia Pertama. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 34 (4). pp. 19-41. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1129

Abstract

Perang Dunia Pertama memperlihatkan pentadbiran British di Tanah Melayu menghadapi ancaman propaganda Turki dan Jerman. Ini berikutan penglibatan British dalam Perang Dunia Pertama telah mengheret negara-negara dan negeri-negeri jajahan dan naungannya untuk menyokong British dan sekutunya. Kesannya, Negeri-Negeri Melayu yang merupakan negeri jajahan dan naungan British telah menerima ancaman propaganda daripada musuh-musuh British. Bagi menangani ancaman propaganda musuh, pihak British telah menyebarkan propagandanya kepada masyarakat awam di Tanah Melayu. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti usaha British dalam menyebarkan propaganda sebagai medium komunikasi utama untuk mendapatkan sokongan masyarakat awam di Tanah Melayu pada zaman Perang Dunia Pertama. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif dengan penelitian terhadap sumber primer iaitu fail Colonial Office seperti C.O. 323/720/40660 pada tahun 1916 dan fail Secretary of State seperti S.S 37/1915 pada tahun 1915. Kajian ini juga merujuk fail Selangor Sekretariat 5414/1914 pada tahun 1914 dan Selangor Sekretariat 3737/1915 pada tahun 1915. Hasil kajian membuktikan bahawa British telah menggunakan propaganda sebagai medium komunikasi yang utama bagi mendapatkan sokongan masyarakat tempatan dan menanam sikap anti Turki dan Jerman di Tanah Melayu pada zaman Perang Dunia Pertama. Kesimpulan daripada kajian ini adalah British telah mengambil bentuk propagandanya yang telah dilaksanakan di Eropah untuk mendapatkan sokongan penduduk tempatan di Tanah Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Propaganda; British; Perang Dunia Pertama; Jerman; Turki
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:13143
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jul 2019 00:15
Last Modified:12 Jul 2019 22:34

Repository Staff Only: item control page