Shahrul Nazmi Sannusi, and Husna Mohd Ibrahim, (2018) Peranan perekonomian media dalam survival penerbitan akhbar berbahasa Melayu di Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 34 (4). pp. 42-57. ISSN 0128-1496
|
PDF
694kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1129
Abstract
Dominasi surat khabar berbahasa Melayu versi bercetak sebagai medium penyalur maklumat, mulai tergugat akibat kebangkitan teknologi maklumat yang telah merubah cara pembaca mengguna dan mengakses berita. Untuk itu, kajian ini bertujuan untuk memahami punca dan kesan kemerosotan trend sirkulasi dan perbelanjaan iklan, dan bagi menjawab persoalan ini, kajian ini telah menggunakan dua metodologi kajian iaitu analisis kandungan terhadap trend sirkulasi dan trend perbelanjaan iklan serta temu bual mendalam bersama Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Dr Chamil Wariya. Kajian ini menggunakan Model The Three Legs of A Stool oleh Daly, Henry dan Ryder (1997) sebagai panduan kajian. Hasil kajian mendapati kemerosotan ini bukan sahaja berpunca daripada faktor persekitaran luaran yang sukar dikawal seperti perkembangan teknologi komunikasi, ekonomi mahupun politik sesebuah negara, tetapi turut dipengaruhi faktor dalaman akhbar dan syarikat akhbar yang secara tidak langsung telah membentuk persepsi pembaca dan pengiklan terhadap kredibiliti serta kualiti yang dimiliki sesebuah akhbar. Kajian ini diharap dapat membantu pemain industri akhbar untuk merangka strategi baharu dalam memperkasa peranan dan kewujudannya agar sentiasa relevan dan mampu memenuhi ekspektasi pembaca dan juga pengiklan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Akhbar; Sirkulasi; Perbelanjaan periklanan; Trend kemerosotan; Strategi |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 13144 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 11 Jul 2019 01:01 |
Last Modified: | 12 Jul 2019 22:36 |
Repository Staff Only: item control page