Ciri dan fungsi komunikatif bahasa Melayu Sabah dalam media sosial

Kartini Abd. Wahab, (2018) Ciri dan fungsi komunikatif bahasa Melayu Sabah dalam media sosial. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 34 (4). pp. 58-74. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
815kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1129

Abstract

Bahasa sebagai medium komunikasi utama dalam masyarakat, tidak terkecuali mengalami perubahan kesan daripada kepesatan teknologi komunikasi dan informasi masa kini. Dari sudut positif perkembangan bahasa, media sosial contohnya, menjadi platform penting yang dapat meningkatkan penggunaan sesebuah bahasa. Bahasa Melayu di Malaysia Timur, iaitu Bahasa Melayu Sabah (BMS) dilihat turut mengalami arus perkembangan ini. BMS yang sebelumnya digunakan meluas dalam konteks komunikasi lisan masyarakat pelbagai kaum di Sabah, kini giat digunakan dalam bentuk tulisan dalam pelbagai aplikasi media sosial. Sebagai varian bahasa Melayu, timbul persoalan tentang apakah ciri-ciri BMS yang digunakan dalam media sosial? Apakah pula peranan BMS sebagai medium komunikasi dalam media sosial? Justeru, makalah ini membincangkan penggunaan BMS dalam media sosial, dengan memfokuskan analisis terhadap ciri dan fungsi komunikatif BMS dalam aktiviti komunikasi dalam media sosial Facebook. Analisis deskriptif dilakukan ke atas data BMS yang terdapat dalam halaman Facebook Ni Kali Lah. Data BMS dikutip daripada ruangan kemas kini status dan ruangan komen pengguna, yang disiarkan antara Mei hingga Julai 2017. Hasil analisis menunjukkan bahawa BMS dalam ruangan komen pengguna Facebook Ni Kali Lah memperlihatkan ciri-ciri khas dari aspek ejaan, struktur ayat dan juga kosa kata, yang dipengaruhi oleh unsur bahasa Dusun dan bahasa serantau. Dapatan analisis juga menunjukkan bahawa selain berfungsi sebagai medium interaksi, BMS dalam halaman Facebook Ni Kali Lah turut menjalankan fungsi komunikatif instrumental, informatif, peribadi, regulatori, heuristik dan fungsi imaginatif. Kesemua fungsi tersebut memperlihatkan peranan penting BMS sebagai medium komunikasi pengguna dalam Facebook Ni Kali Lah.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Melayu Sabah; Media sosial; Ciri bahasa Melayu Sabah; Fungsi komunikatif; Facebook
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:13145
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jul 2019 01:06
Last Modified:12 Jul 2019 22:37

Repository Staff Only: item control page