Teori al-daruriyyat dan penggunaan media sosial: satu perbincangan konsep

Muhammad Adnan Pitchan, and Siti Nur Husna Abd Rahman, and Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, (2018) Teori al-daruriyyat dan penggunaan media sosial: satu perbincangan konsep. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 34 (4). pp. 75-92. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
677kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1129

Abstract

Perbahasan berkaitan dengan al-daruriyyat sangat berkait rapat dengan maqasid shari’ah yang merangkumi urusan dunia dan agama. Ilmu yang amat penting untuk kita dalami yang dengannya dapat kita ketahui sesuatu yang perlu kita utamakan dalam sesuatu urusan. Kepentingan memahami ilmu al-daruriyyat sama seperti memahami ilmu maqasid. Ilmu ini amat dititikberatkan oleh Sarjana Islam Kontemporari dalam perbahasan mereka. Beberapa isu yang melibatkan penjelasan mengenai teori al-daruriyyat akan diaplikasikan yang mana ia telah disimpulkan oleh para Ulama’ fiqh dengan merujuk kepada dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah serta kesimpulan hukum-hakam yang diambil daripada perbahasan maqasid shari’ah. Medium penyampaian maklumat melalui media sosial mampu memberi penjelasan mengenai teori al-daruriyyat kepada masyarakat Islam secara lebih jelas dan terperinci dan sekaligus menjadikan media sosial sebagai medium dakwah Islamiah. Objektif artikel ini adalah untuk membincangkan teori al-daruriyyat dari aspek penggunaan media sosial. Selain itu, metodologi yang digunakan adalah perbincangan berdasarkan data-data sekunder seperti jurnal, buku-buku fiqah klasik dan moden. Hasil kajian mendapati penggunaan media sosial mampu mempengaruhi masyarakat Islam mendapatkan penjelasan berkaitan dengan agama Islam terutama dari perspektif teori al-daruriyyat dan aplikasinya dalam kehidupan seharian masyarakat Islam. Hal ini kerana media sosial bukan sahaja merupakan satu alternatif baru dalam penyampaian dakwah Islamiah pada masa kini, bahkan media sosial pada hari ini adalah satu keperluan masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Teori Al-Daruriyyat; Media sosial; Aplikasi; Dakwah; Internet
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:13146
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jul 2019 01:18
Last Modified:12 Jul 2019 22:39

Repository Staff Only: item control page