Norazlina Zainal Abidin, and Mohammad Rahim Kamaluddin, and Azianura Hani Shaari, and Norazura Din, and Saravanan Ramasamy, (2018) Pengetahuan dan amalan perlindungan pengguna Facebook wanita terhadap penipuan cinta di Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 34 (4). pp. 113-133. ISSN 0128-1496
|
PDF
767kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1129
Abstract
Penipuan cinta dalam talian atau love scam merupakan satu bentuk jenayah komersial iaitu penjenayah menjalinkan hubungan cinta palsu dengan wanita demi menipu dan mengaut keuntungan daripada mangsa dalam bentuk wang atau seksual. Pelbagai medium siber digunapakai oleh penjenayah untuk mendekati mangsa sasaran; dan media sosial seperti Facebook merupakan salah satu platform yang sering digunapakai. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pengetahuan dan amalan perlindungan terhadap penipuan cinta dalam kalangan pengguna Facebook wanita di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Seramai 609 pengguna Facebook wanita di Malaysia telah direkrut dalam kajian ini dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Analisis setiap item untuk domain pengetahuan dan amalan perlindungan menunjukkan wujudnya kepelbagaian respon daripada kalangan responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan wanita mempunyai tahap pengetahuan dan amalan perlindungan yang tinggi terhadap jenayah penipuan cinta. Analisis korelasi Pearson juga menunjukkan hubungan yang positif dan signifikan (r = 0.30, p < 0.05) antara pengetahuan dan amalan perlindungan terhadap penipuan cinta. Ujian perbandingan skor min tahap pengetahuan dan amalan perlindungan terhadap penipuan cinta mendapati bahawa tidak ada perbezaan signifikan berdasarkan wanita yang pernah dan tidak pernah menjadi mangsa penipuan cinta sebelum ini tetapi didapati berbeza berdasarkan sejarah rakan, kenalan atau ahli keluarga yang pernah menjadi mangsa dengan tidak pernah menjadi mangsa dalam penipuan cinta sebelum ini. Dapatan kajian ini mampu menjadi satu aras tanda bagi mengukur dan memantau tahap pengetahuan dan amalan perlindungan terhadap penipuan cinta dalam kalangan pengguna media sosial wanita di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Penipuan cinta; Pengetahuan; Amalan perlindungan; Pengguna Facebook wanita; Media sosial |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 13148 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 11 Jul 2019 01:39 |
Last Modified: | 12 Jul 2019 22:42 |
Repository Staff Only: item control page