Nurul Aishah Mohd Radzi, and Normaliza Abd Rahim, and Nor Azuwan Yaakob, (2018) Wacana tekstual dalam iklan selebriti. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 34 (4). pp. 198-213. ISSN 0128-1496
|
PDF
669kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1129
Abstract
Kajian ini memfokuskan kepada penelitian terhadap iklan yang menampilkan selebriti sebagai endorser produk yang ingin dipromosikan. Kajian ini dilakukan bagi memenuhi objektif kajian, iaitu mengenal pasti dan membincangkan wacana tekstual dalam iklan selebriti. Dalam menyempurnakan kajian analisis wacana, penguasaan peraturan bahasa amat penting agar memperoleh data yang tepat. Kajian ini berbentuk kualitatif yang mengaplikasikan kaedah pemerhatian dan analisis teks dalam pengumpulan data. Pemerhatian dibuat bagi mengenal pasti selebriti yang berpotensi memberi impak yang besar dalam bidang pengiklanan dan iklannya juga memiliki semua aspek yang terdapat dalam teks wacana iklan yang dipersembahkan. Setelah selesai pemerhatian, subjek yang diputuskan ialah Nur Suhada Jebat atau dikenali juga sebagai Ayda Jebat. Subjek dipilih atas faktor kejayaan beliau meningkatkan prestasi diri dalam bidang populariti di dalam dan juga di luar negara, lalu menjadikan diri beliau menjadi seorang selebriti yang dikenali ramai. Iklan yang dimuat turun daripada laman media sosial, khususnya Youtube, ditranskripkan ke dalam bentuk tulisan bagi memudahkan proses penganalisisan data. Teks yang dikumpulkan kemudiannya dianalisis dengan menggunakan pendekatan analisis wacana kritis yang dicadangkan oleh Fairclough (1995). Hasil kajian telah menunjukkan bahawa dimensi tekstual sangat mempengaruhi pengiklanan sesuatu produk sama ada daripada aspek kosa kata, leksikal mahupun kohesi. Dimensi tersebut dapat menyampaikan maklumat dengan baik kepada pengguna dan menarik perhatian dengan kata yang terkandung di dalamnya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Wacana; Iklan selebriti; Endorser; Analisis wacana kritis; Tekstual |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 13153 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 11 Jul 2019 04:22 |
Last Modified: | 13 Jul 2019 11:17 |
Repository Staff Only: item control page