Persepsi amalan “greenwashing” terhadap pengiklanan produk hijau dalam kalangan pengguna di Malaysia

Mohd Helmi Abd Rahim, and Wang, Hui Shan and Novel Lyndon, (2019) Persepsi amalan “greenwashing” terhadap pengiklanan produk hijau dalam kalangan pengguna di Malaysia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 35 (1). pp. 120-136. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
693kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1165

Abstract

Isu-isu berkaitan alam sekitar telah menjadi isu penting dalam industri dan penyelidikan akademik. Dengan keprihatinan yang berterusan dan tuntutan pengguna mengenai isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar, syarikat perniagaan mula menggunakan strategi pemasaran hijau untuk produk dan perkhidmatan mereka. Akibatnya, istilah “greenwashing” telah menjadi perkataan biasa di pasaran, yang mana penyebaran maklumat palsu atau tidak lengkap oleh sebuah syarikat perniagaan telah dibuat demi menonjolkan imej awam mereka yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara amalan “greenwashing” dalam pengiklanan produk dengan persepsi pengguna terhadap produk hijau dalam kalangan pengguna Malaysia. Konstruk persepsi pengguna yang dibina adalah kekeliruan pengguna, faedah yang dipersepsi oleh pengguna, sikap pengguna dan kepercayaan pengguna. Kajian ini dilakukan terhadap 308 pengguna di Malaysia. Kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik secara tertutup telah dijalankan melalui pengedaran dalam Google Form dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi ke-23. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara amalan “greenwashing” terhadap pengiklanan produk hijau dengan kekeliruan dalam kalangan pengguna Malaysia. Manakala, tidak terdapat hubungan yang signifikan, atau hubungan yang negatif, di antara amalan “greenwashing” pengiklanan produk hijau dengan faedah yang dipersepsi oleh pengguna, sikap pengguna dan kepercayaan pengguna terhadap produk hijau dalam kalangan pengguna Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Produk hijau; Greenwashing; Pengikanan hijau; Persepsi; Kekeliruan
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:13172
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Jul 2019 00:09
Last Modified:21 Jul 2019 12:32

Repository Staff Only: item control page