Badrul Redzuan Abu Hassan, and Novchi, Raja Widya (2019) Kepeminatan dan kemodenan dalam pembentukan identiti komuniti K-Popers Pekanbaru. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 35 (1). pp. 171-186. ISSN 0128-1496
|
PDF
676kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1165
Abstract
Fenomena K-Pop dilihat bertapak dengan mudah dan selesa di kebanyakan negara-bangsa di rantau Nusantara Melayu yang dibina serta dipengaruhi sebahagian besarnya oleh peradaban kebudayaan berasaskan Islam. Makalah ini mengkaji impak kepeminatan (fandom) K-Pop terhadap komuniti peminatnya menerusi sebuah kajian etnografi di Pekanbaru, Indonesia. Berdasarkan penerapan konsep Hubungan dan Interaksi Parasosial, makalah ini akan membincangkan implikasi kepeminatan sebagai suatu bentuk kemodenan (modernity) yang mengiringi pembentukan identiti Komuniti K-Popers Pekanbaru. Dapatan etnografi menunjukkan terdapatnya keintiman hubungan parasosial dalam bentuk dan orientasi yang mapan dan bersistematik di sebalik pandangan serong sebahagian anggota masyarakat terhadap mereka. Komuniti peminat ini juga didapati menunjukkan kebolehan dan kematangan untuk merundingkan asumsi dwi-identiti mereka, iaitu, sekaligus sebagai belia Pekanbaru dan pengagum K-Pop menerusi pengisian program komuniti mereka yang berkepimpinan dalam merencanakan program perekonomian, keusahawanan dan kerja amal berkebajikan. Ini menunjukkan bahawa interaksi dan hubungan parasosial yang menghasilkan fenomena kepeminatan K-Pop di Pekanbaru telah membentuk sebuah identiti komuniti peminat yang berwawasan dan mampu beradaptasi dengan impak globalisasi budaya secara positif. Implikasinya, pendekatan komuniti yang pragmatis ini dapat dilihat sebagai suatu bentuk kemodenan yang terhasil dari sikap, etos dan norma kemanusiaan dan kesusilaan yang telus, dan tidak dibayangi oleh niat yang berfalsafahkan kepentingan hedonisme semata-mata. Sebagai rumusan, pembentukan identiti komuniti peminat fenomena K-Pop di Nusantara Melayu harus melibatkan proses perundingan (negotiation) identiti keNusantaraan yang dapat memberikan keseimbangan melalui penggembelingan tradisi sosiobudaya tempatan. Inilah aspek kemodenan komuniti peminat yang pragmatis, cakna dan versatil yang akan terus menjadi salah satu cabaran yang sentiasa perlu dirundingkan oleh Komuniti K-Popers Pekanbaru.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kepeminatan; Komuniti K-Popers Pekanbaru; Hubungan parasosial; Kemodenan; KeNusantaraan |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 13175 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Jul 2019 01:23 |
Last Modified: | 21 Jul 2019 12:37 |
Repository Staff Only: item control page