Ahmad Sauffiyan Hasan, (2019) Pendemokrasian media dan cabaran keselamatan dalam era digital. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 35 (1). pp. 237-251. ISSN 0128-1496
|
PDF
662kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1165
Abstract
Pendemokrasian media bermaksud kandungan media hari ini tidak lagi sepenuhnya ditentukan oleh kerajaan, organisasi politik dan korporat. Sebaliknya, kandungan media dipacu oleh suara dan pendapat rakyat yang mempunyai akses kepada teknologi komunikasi dan internet. Rakyat bukan lagi sebagai penonton media pasif tetapi mereka sudah menjadi penonton aktif yang mampu membina kandungan media sendiri. Oleh itu, cabaran untuk memastikan aspek-aspek keselamatan sesebuah negara juga berubah. Jika dahulu media kerajaan mendefinisikan Taliban sebagai kumpulan pengganas dan rakyat mudah mempercayainya, kini tidak lagi. Daesh yang sepatutnya dilihat sebagai sebuah kumpulan pengganas kini mempunyai pengikut yang mengatakan mereka adalah pejuang membentuk paradoks. Adakah Taliban dan Daesh itu sebenarnya pengganas atau pejuang? Realitinya, pendirian kerajaan mengenai sesuatu isu kini rapuh dicabar oleh lautan pendapat rakyat yang membanjiri media baharu. Solusi kepada masalah ini memerlukan masa, tenaga dan peranan pelbagai kepakaran dan pihak. Objektif kajian ini adalah untuk membincangkan isu pendemokrasian media serta masalah dan cabaran yang wujud. Kajian ini mengadaptasi pendekatan analisis konseptual iaitu sebuah strategi kajian kemanusiaan yang dicadangkan oleh University of Southern California (2018). Kajian mendapati pendemokrasian media memberi cabaran baru dalam pelbagai bentuk seperti masalah pengganas, cetak rompak, ideologi subversif serta masalah etika media. Kesimpulannya, pendemokrasian media adalah sesuatu yang tidak boleh dielak. Kerajaan, organisasi politik dan korporat perlu mempunyai strategi mengadaptasi perubahan yang dibawa oleh media baharu demi menjamin keselamatan diri, keluarga dan negara dalam era digital hari ini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pendemokrasian; Media; Keselamatan; Digital; Malaysia |
Journal: | Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication |
ID Code: | 13179 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Jul 2019 03:06 |
Last Modified: | 21 Jul 2019 12:28 |
Repository Staff Only: item control page