Penilaian peserta, penganjur dan penonton terhadap keberkesanan dan kepuasan program Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM)

Saodah Wok, and Mazlena Mohamad Hussain, (2019) Penilaian peserta, penganjur dan penonton terhadap keberkesanan dan kepuasan program Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM). Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 35 (1). pp. 353-376. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1165

Abstract

Objektif utama Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) adalah bertujuan untuk memartabat dan memperkasakan Bahasa Melayu di persada dunia. Tahun 2017 merupakan tahun kesebelas PABM diadakan. Selepas sepuluh tahun penganjurannya, sudah tiba masanya satu penilaian dibuat untuk melihat keberkesanan PABM. Oleh itu, kertas kerja ini membuat satu analisis perbandingan antara peserta, penganjur dan penonton untuk melihat darjah persamaan penilaian keberkesanan dan kepuasan mereka terhadap beberapa aspek berkenaan PABM. Aspek tersebut termasuklah penilaian kepuasan terhadap program PABM ke atas (a) kemudahan, (b) Program PABM, (c) perkhidmatan, (d) aspek teknikal dan penghakiman PABM, (e) keberkesanan Program PABM terhadap produktiviti dan kemahiran peserta, (g) Peningkatan tugasan dalam kemahiran Bahasa Melayu, dan (h) impak PABM terhadap negara sendiri dan negara Malaysia. Seramai 67 orang peserta, 17 orang penganjur dan 22 orang penonton terlibat dalam kajian ini. Analisis perbandingan melibatkan ANOVA dilakukan terhadap data yang diperolehi melalui borang soal selidik. Hasil kajian mendapati bahawa pada keseluruhannya tidak terdapat perbezaan yang ketara antara ketiga-tiga responden terhadap keseluruhan kemudahan, program, perkhidmatan, aspek teknikal dan penghakiman, keberkesanan PABM kepada produktiviti, peningkatan tugasan dalam kemahiran Bahasa Melayu, dan impak kepada negara sendiri. Namun, perbezaan hanya terdapat antara kemahiran peserta dan penganjur serta impak kepada negara Malaysia iaitu antara peserta dan penonton dengan penganjur. Kajian ini penting dalam menilai keberkesanan PABM dan seterusnya mencadangkan bahawa PABM patut diteruskan. Penambaikan akan diutarakan demi masa depan PABM.

Item Type:Article
Keywords:Budaya Malaysia; Bahasa Melayu; Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM); Pidato; Pidato Bahasa Melayu
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:13186
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Jul 2019 04:04
Last Modified:21 Jul 2019 12:52

Repository Staff Only: item control page