Adaptasi antarabudaya penghijrahan pelajar Malaysia ke negara Asia

Balqis Aini Mustafa, and Abdul Latiff Ahmad, (2019) Adaptasi antarabudaya penghijrahan pelajar Malaysia ke negara Asia. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 35 (2). pp. 18-34. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
425kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1200

Abstract

Setiap individu yang berpindah ke tempat baharu dan memasuki budaya baharu akan mengalami sebuah proses penyesuaian yang dikenali sebagai adaptasi antarabudaya. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneliti proses adaptasi antarabudaya yang dilalui oleh pelajar prasiswazah Malaysia yang mengikuti program pertukaran pelajar di empat buah negara Asia iaitu Indonesia, Jepun, Korea Selatan, dan Filipina. Fokus kajian ini tertumpu kepada perbezaan budaya, cara hidup pelajar Malaysia di luar negara, serta penyesuaian semula apabila kembali ke Malaysia. Model Keluk-W oleh Gullahorn dan Gullahorn (1963) telah digunakan sebagai asas kepada kajian yang bermula daripada peringkat bulan madu, peringkat kejutan budaya, peringkat pemulihan dan akhir sekali peringkat pelarasan. Empat kumpulan fokus telah dijalankan membabitkan pelajar prasiswazah UKM yang telah mengikuti program pertukaran pelajar di empat buah negara Asia tersebut. Dapatan kajian mendapati bahawa proses adaptasi antarabudaya berlaku secara lazimnya kepada pelajar Malaysia yang pergi ke luar negara, walaupun terdapat segelintir yang tidak mengalami fasa bulan madu, kerana mengalami kesukaran setibanya di negara yang mereka lawati. Kajian ini juga mengenal pasti suatu fasa awal iaitu fasa persediaan. Di samping itu, penyesuaian semula di Malaysia juga adalah lebih mudah berbanding proses adaptasi di luar negara, yang mana kejutan budaya yang dialami sekembalinya ke tanah air tidaklah ekstrim seperti di luar negara. Tambahan lagi, kajian ini juga mendapati bahawa pengalaman antarabudaya mampu memberikan kesan yang positif kepada individu yang mengalaminya.

Item Type:Article
Keywords:Adaptasi; Antarabudaya; Pelajar Malaysia; Negara Asia; Model Keluk-W
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:13189
Deposited By: ms aida -
Deposited On:22 Jul 2019 07:06
Last Modified:25 Jul 2019 21:11

Repository Staff Only: item control page