Perkembangan komik dan animasi: satu kajian perbandingan antara Melayu dan Jepun

Roslina Mamat, and Normaliza Abd Rahim, and Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi, and Roswati Abdul Rashid, (2019) Perkembangan komik dan animasi: satu kajian perbandingan antara Melayu dan Jepun. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 35 (2). pp. 260-276. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
918kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1200

Abstract

Manga (komik Jepun) dan anime (animasi Jepun) berkait rapat dengan budaya, sejarah, politik, ekonomi, keluarga, agama, kepercayaan dan gender yang merupakan dua budaya popular utama Jepun dan sangat popular di seluruh dunia. Manga dan anime merupakan refleksi kepada fantasi, kepercayaan, nilai dan mitos masyarakat Jepun. Kertas kerja ini ditulis berdasarkan kajian kepustakaan terhadap rujukan dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Jepun serta lawatan penulis ke Kyoto International Manga Museum, Tokyo International Manga Museum dan Saitama Municipal Cartoon Building Hall serta Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Kertas kerja ini menyorot perkembangan manga dan anime serta membandingkan kedua-duanya dengan komik dan animasi Melayu. Pada masa yang sama kertas kerja ini cuba menemukan kerelevanan komik dan animasi Melayu pada persada antarabangsa. Tiada kajian terperinci dilakukan oleh pengkaji tempatan terhadap komik mahupun animasi Melayu baik dari segi sejarah awal penulisan komik, plot cerita, budaya atau tulisan yang terkandung dalam komik Melayu. Objektif kertas kerja ini adalah untuk menerangkan perkembangan komik dan animasi sejak awal sehingga kini serta membandingkan kedua-duanya dari segi fungsinya pada waktu tertentu. Hasil kajian menunjukkan penulisan karikatur Jepun telah pun bermula semenjak zaman pramoden Jepun sebelum tahun 1600 berbanding komik Melayu yang cuma boleh dirujuk seawal 1950-an. Bagi komik dan animasi Melayu, garis masa yang sesuai untuk membezakan perkembangannya adalah sebelum dan selepas 1980-an. Apa yang boleh disimpulkan adalah komik Melayu ataupun lakaran berbentuk humor sangat baharu, malah tiada kajian yang signifikan telah dijalankan setakat ini oleh penyelidik tempatan.

Item Type:Article
Keywords:Manga; Anime; Komik Melayu; Animasi Melayu; Budaya popular
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:13203
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Jul 2019 01:02
Last Modified:25 Jul 2019 21:50

Repository Staff Only: item control page