Media, isu dan tingkah laku pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14: satu kajian awal

Nurul Naemah Hamedan, and Syed Agil Shekh Alsagoff, and Akmar Hayati Ahmad Ghazali, (2019) Media, isu dan tingkah laku pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-14: satu kajian awal. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 35 (2). pp. 293-312. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1200

Abstract

Masyarakat global kini sudah sinonim dengan penggunaan media sosial sebagai sumber perolehan maklumat politik berbanding penggunaan media konvensional. Liputan berita serta kandungan isu yang dibincangkan menerusi media sosial sedikit sebanyak memberi implikasi kepada corak pemikiran masyarakat. Justeru, penyelidik ingin mengenal pasti hubungan di antara media, isu dan tingkah laku dalam kalangan pengundi bagi edisi PRU ke-14. Kajian ini telah dijalankan melalui pendekatan secara kuantitatif dengan memilih borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 200 orang responden yang terdiri daripada lelaki (44.0%) dan perempuan (56.0%) telah dipilih secara rawak di sekitar kawasan Lembah Klang. Seramai 72 orang responden (36.0%) adalah terdiri daripada pengundi kali pertama yang mengundi pada pilihan raya kali ini. Antara hasil kajian ini adalah responden sangat bersetuju bahawa media sosial adalah medium utama untuk mengakses maklumat sepanjang pilihan raya berlangsung (min = 4.50). Selain itu, responden juga sangat bersetuju bahawa isu peningkatan harga barang dan petrol membebankan rakyat Malaysia (min = 4.75). Keputusan kajian ini juga menunjukkan bahawa responden bersetuju bahawa mereka membaca akhbar atas talian untuk mengetahui isu-isu berbangkit (min = 4.50). Senario ini sedikit sebanyak membuktikan bahawa masyarakat Malaysia begitu cakna terhadap paparan berita yang tersedia melalui media sosial berkenaan perkara-perkara yang melibatkan politik tanah air. Justeru, pihak kerajaan perlu melaksanakan pemantauan terhadap kredibiliti sumber-sumber berita agar maklumat yang dikongsikan tidak menjejaskan kredibiliti mana-mana pihak demi memastikan informasi yang tersebar adalah bebas daripada unsur hasutan yang boleh mengancam keharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Maklumat; Politik; Media; Isu; Tingkah laku
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:13205
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Jul 2019 01:13
Last Modified:25 Jul 2019 21:52

Repository Staff Only: item control page