Indikator kewibawaan maklumat Islam di media sosial melalui kesepakatan pakar

Kairulanuar Ab Kadir, and Noraidah Sahari@Ashaari, and Hairulliza Mohamad Judi, (2019) Indikator kewibawaan maklumat Islam di media sosial melalui kesepakatan pakar. Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication, 35 (2). pp. 499-522. ISSN 0128-1496

[img]
Preview
PDF
785kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/mjc/issue/view/1200

Abstract

Media sosial merupakan alat penting dalam perkongsian maklumat yang dapat menyebar maklumat dengan segera berbanding media arus perdana tradisional. Sarjana Islam juga menggunakan media sosial bagi tujuan dakwah untuk mendekati belia khususnya kerana sifat mereka yang celik digital. Namun, sesetengah maklumat sukar ditentukan kebenarannya, sengaja direka untuk mencetus perbalahan atau sengaja ditular untuk menyokong sentimen. Maklumat Islam yang tidak tepat dikhuatiri merosakkan akidah belia muslim yang kurang matang dan banyak bergantung kepada media sosial untuk mencari sumber maklumat yang diperlukan. Kajian empirikal berkaitan dengan indikator kewibawaan maklumat Islam di media sosial yang sah adalah terhad. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti dan mengesahkan dimensi dan indikator kewibawaan maklumat Islam di media sosial. Kajian menggunakan kaedah perbincangan kumpulan fokus sebagai sebahagian daripada proses pengesahan dalam fasa reka bentuk dan pembangunan, metod Fuzzy Delphi (FDM). Data kumpulan fokus yang dilanjutkan dengan soal selidik terhadap 15 panel pakar digunakan untuk menilai dan mengesah definisi indikator kewibawaan maklumat Islam. Keputusan menunjukkan kebanyakan pengguna bersetuju indikator autoriti dan sumber penulisan berdasar Al-Quran dan hadis sahih adalah rujukan utama dalam menilai kandungan maklumat Islam. Pengguna tidak hanya memproses maklumat secara sistematik, tetapi juga mengambil kira ciri kandungan maklumat dan pengaruh sosial rangkaian terdekat apabila menilai kewibawaan maklumat dalam talian. Hasil kajian adalah indikator kewibawaan maklumat yang sah yang dapat membantu pengguna media sosial terutama belia muslim untuk menentukan kesahihan dan sumber maklumat Islam di media sosial. Kajian dimanfaat bagi mencadangkan beberapa cara untuk menjalankan penyelidikan dan penilaian kewibawaan maklumat Islam dalam talian.

Item Type:Article
Keywords:Kewibawaan maklumat; Indikator kewibawaan; Maklumat Islam; Kumpulan fokus; Penilaian maklumat
Journal:Jurnal Komunikasi ; Malaysian Journal of Communication
ID Code:13217
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Jul 2019 03:38
Last Modified:25 Jul 2019 22:06

Repository Staff Only: item control page