Hubungan antara faktor peramal dan kecenderungan kerjaya keusahawanan dalam kalangan ahli Program Tunas Niaga

Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang, and Ibrahim Mamat, and Nor Hayati Sa'at, (2018) Hubungan antara faktor peramal dan kecenderungan kerjaya keusahawanan dalam kalangan ahli Program Tunas Niaga. AKADEMIKA, 88 (3). pp. 19-31. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
321kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1091

Abstract

Program Tunas Niaga (PROTUNe) adalah pendekatan pembudayaan keusahawanan untuk pelajar sekolah menengah. Program ini dilihat berpotensi memenuhi agenda Kerajaan bagi menggalakkan generasi muda cenderung memilih keusahawanan sebagai pekerjaan mereka dan memantapkan ekonomi negara pada masa hadapan. Justeru, pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Terengganumenjadi agen pelaksana PROTUNe peringkat negeri dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkanpelajar sekolah menengah yang mempunyai kecenderungan ke arah kerjaya keusahawanan. Maka tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji hubungan antara faktor peramal dan kecenderungan kerjaya keusahawanan dalam kalangan pelajar yang menjadi ahli PROTUNe. Pada tahun 2014, terdapat seramai 593 pelajar yang menjadi ahli PROTUNe dari 21 buah sekolah menengah di sekitar pesisir pantai Negeri Terengganu. Namun begitu, kajian ini hanya melibatkan seramai 197 pelajar dalam kalangan ahli PROTUNe dan dipilih secara rawak mudah sebagai responden. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan iaitu borang soal selidik untuk mengumpul data daripada responden. Data responden dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sosial Sains (SPSS) melalui analisis deskriptif dan regresi. Kajian ini mendapati sebahagian besar responden sangat cenderung menceburi kerjaya keusahawanan. Manakala personaliti, kemahiran keusahawanan dan kewangan dikenal pasti sebagai faktor peramal yang mempunyai hubungan dengan kecenderungan responden menceburi kerjaya keusahawanan. Oleh itu, pihak kerajaan mesti meneruskan PROTUNe untuk memupuk kecenderungan pelajar ke arah kerjaya keusahawanan supaya mereka sentiasa dekat dengan perniagaan.

Item Type:Article
Keywords:Faktor peramal; Kecenderungan; Pelajar sekolah menengah; Program Tunas Niaga; Kerjaya keusahawanan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:13221
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Jul 2019 00:51
Last Modified:26 Jul 2019 20:49

Repository Staff Only: item control page