Prinsip syariah berkaitan prosedur siasatan dan pendakwaan: khazanah ilmu yang memangkin perkembangan perundangan dalam masyarakat

Ahmad Azam Mohd Shariff, and Mazupi Abdul Rahman, (2018) Prinsip syariah berkaitan prosedur siasatan dan pendakwaan: khazanah ilmu yang memangkin perkembangan perundangan dalam masyarakat. AKADEMIKA, 88 (3). pp. 127-135. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
266kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/akademika/issue/view/1091

Abstract

Islam adalah merupakan satu sistem kehidupan yang komprehensif serta berkeupayaan membimbing kehidupan manusia. Islam mengatur hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia. Kehidupan manusia diatur dan dikawalselia oleh undang-undang syariah yang wujud dalam bentuk prinsip-prinsip syariah yang wajib dipatuhi. Prinsip syariah tersebut mencakupi pelbagai aspek perundangan yang mengawalselia kehidupan seharian masyarakat. Ini termasuklah aspek prosedur siasatan dan pendakwaan jenayah syariah. Di Malaysia, prosedur siasatan dan pendakwaan jenayah syariah adalah bersumberkan al Qurān dan al Sunnah serta diijtihadkan oleh para ulama’ terdahulu. Malah, prosedur siasatan dan pendakwaan jenayah syariah di negara ini turut mencakupi kesemua enakmen-enakmen syariah yang digubal serta diluluskan oleh badan penggubal undang-undang antaranya enakmen prosedur jenayah syariah dan enakmen keterangan mahkamah syariah. Artikel ini akan menyorot kembali sumber-sumber serta penulisan-penulisan dalam aspek prosedur siasatan dan pendakwaan jenayah syariah. Kesemua sumber dan penulisan ini adalah amat berharga kerana ternyata menjadi rujukan serta pemangkin ke arah memperincikan lagi prinsip dan perundangan dalam bidang berkenaan di masa akan datang. Artikel ini berdiri di atas penyelidikan yang menggunapakai kerangka kajian kualitatif yang bercirikan doktrinal. Kesemua maklumat dikumpul melalui kajian perpustakaan yang dianalisis melalui metod-metod analisis kandungan dan analisis kritis. Kemudiannya hasil kajian tersebut kemudiannya dicernakan dalam artikel ini. Akhir sekali, artikel ini mengutarakan peranan penting yang dimainkan oleh sumber serta penulisan yang berupaya memangkin segala perincian yang dilaksanakan berkaitan prinsip dan prosedur siasatan dan pendakwaan di masa akan datang. Ternyata sumber serta penulisan tersebut adalah merupakan suatu khazanah ilmu yang tidak ternilai untuk masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Prosedur siasatan syariah; Prosedur pendakwaan syariah; al Quran; al Sunnah; Kes jenayah syariah
Journal:AKADEMIKA
ID Code:13230
Deposited By: ms aida -
Deposited On:25 Jul 2019 01:46
Last Modified:26 Jul 2019 21:11

Repository Staff Only: item control page