Amalan kesihatan wanita orang Asli Temuan di Kampung Kachau Luar, Semenyih, Selangor

Nur Fadillah Mohamed, and Doris Padmini Selvaratnam, (2018) Amalan kesihatan wanita orang Asli Temuan di Kampung Kachau Luar, Semenyih, Selangor. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 14 (4). pp. 89-101. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
442kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1144

Abstract

Pengukuran utama dalam meningkatkan taraf hidup rakyat adalah melalui penjagaan kesihatan terutama dalam kalangan wanita. Mekanisme ini penting bagi merealisasikan generasi yang sihat pada masa akan datang. Kesihatan yang baik akan mendorong kepada penyediaan tenaga kerja yang sihat dalam sesebuah negara. Pendekatan pengetahuan penjagaan kesihatan terutamanya bagi golongan wanita Orang Asli perlu diberi penekanan agar mereka mendapat manfaat yang secukupnya seiring dengan wanita dalam arus perdana yang berada di kawasan bandar dan luar bandar. Biasanya, jika terdapat peningkatan kesedaran penjagaan kesihatan yang baik dalam kalangan wanita, aspek penjagaan kesihatan ini akan turut mengalami proses sosialisasi dengan orang lain dalam persekitarannya, iaitu ahli keluarga, saudara mara dan jiran terdekat. Kajian ini ialah bertujuan untuk mengenal pasti tahap sikap wanita Orang Asli dalam mengamalkan penjagaan kesihatan yang optimum dan menganalisis kesediaan mereka dalam penjagaan kesihatan. Gabungan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan instrumen borang soal selidik, temubual dan pemerhatian yang melibatkan 32 orang responden wanita di penempatan Orang Asli di Kampung Kachau Luar. Hasil kajian mendapati bahawa kesihatan wanita adalah tinggi dan penemuan ini selari dengan peratusan majoriti yang prihatin terhadap peranan penjagaan kesihatan dan peranan vaksin tersebut. Implikasi kajian adalah perubatan tradisional dan penggunaan herba dalam komuniti Orang Asli perlu diiktiraf dan diformalkan kerana amalan penjagaan kesihatan secara tradisional ternyata membantu Orang Asli kekal pada tahap kesihatan yang baik. Di samping itu, perubatan tradisional dan penggunaan herba perlu juga didokumentasi terlebih dahulu bagi tujuan pengkomersialan agar dapat melengkapi perubatan moden dan membantu mengurangkan kos sara hidup masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Amalan; Kesihatan; Kesediaan; Perubatan tradisional; Sikap; Wanita
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:13255
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Aug 2019 01:52
Last Modified:08 Aug 2019 21:13

Repository Staff Only: item control page