Kemandirian wanita dan ekonomi Kelantan: satu analisis autobiografi terhadap novel Wajah Seorang Wanita

Tuan Rusmawati Raja Hassan, and Mawar Safei, (2018) Kemandirian wanita dan ekonomi Kelantan: satu analisis autobiografi terhadap novel Wajah Seorang Wanita. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 14 (4). pp. 102-114. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
603kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1144

Abstract

Makalah ini menumpukan kajian terhadap kepengarangan S. Othman Kelantan yang mengangkat bentuk penulisan autobiografi dalam novel Wajah Seorang Wanita (1990). Terdapat dua perkara yang diketengahkan iaitu watak wanita yang bersifat autonomi serta ekonomi masyarakat Kelantan dekad 90-an. Pemeragaan kedua-dua isu ini sebagai bahan penceritaan dalam karya, berkait rapat dengan latar peribadi pengarang. Ia dikesani menerusi pemeragaan watak utamanya iaitu Siti Musalmah yang diambil tipa induknya daripada ibu S. Othman Kelantan sendiri iaitu Nik Sharifah, serta pengalaman hidup beliau sebagai penduduk di Wakaf Tuk Kassim, Pantai Sabak, Kota Bharu, Kelantan dijadikan sumber inspirasi dan disaring kembali ke dalam novel. Menariknya, novel ini masih mengekalkan unsur imaginasi, kreativiti dan inovasi. Kerangka kajian ini memanfaatkan Gagasan Profetik oleh Kuntowijoyo (2004). Pertimbangan menerusi rumus profetik memperlihatkan kedudukan watak wanita menurut kanta Islam dengan berpandukan terhadap salah satu daripada tiga etika iaitu nahi mungkar. Perbahasan menggunakan etika nahi mungkar menunjukkan langgam kepengarangan S. Othman Kelantan yang memperlihatkan kemandirian watak wanita dalam mendepani isu ketidakadilan ekonomi dalam negara dan ketidakadilan gender dalam kerjaya. Kajian ini merumuskan bahawa S. Othman Kelantan bukan sahaja mengangkat isu keprofetikan terhadap watak wanita dalam novel, malahan sifat tersebut juga sangat terserlah melalui karya dan aspek latar diri pengarang sehingga merentas kepada akar tradisi Melayu- Islamnya.

Item Type:Article
Keywords:Etika nahi mungkar; Ekonomi; Gagasan Profetik Kuntowijoyo; Novel Wajah Seorang Wanita; S. Othman Kelantan; Wanita
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:13256
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Aug 2019 03:11
Last Modified:08 Aug 2019 21:15

Repository Staff Only: item control page