Keselamatan persekitaran perumahan dalam kalangan remaja di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR)

Mohd Nasir Selamat, and Fauziah Ibrahim, and Salina Nen, and Norulhuda Sarnon, and Nasrudin Subhi, and Azianura Hani Shaari, and Shahrul Nazmi Sannusi, and Zaizul Ab Rahman, (2018) Keselamatan persekitaran perumahan dalam kalangan remaja di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 14 (4). pp. 115-126. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
419kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1144

Abstract

Keselamatan dan kesihatan merupakan aspek penting dalam kehidupan seharian agar proses hidup masyarakat lebih terjamin dan berkualiti terutama di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR). Penafian kepentingan aspek ini akan memberi kesan buruk kepada masyarakat termasuk golongan remaja yang masih dalam proses awal perkembangan hidup. Masalah seperti gejala ponteng sekolah, kecurian, isu lepak, jenayah pelbagai, mengambil bahan terlarang dan gangguan kemudahan awam boleh berlaku sekiranya aspek keselamatan dan persekitaran tidak diberi perhatian sewajarnya. Melihat kepentingan isu tersebut, kajian dijalankan untuk mengenal pasti faktor utama yang mempengaruhi keselamatan persekitaran dalam kalangan remaja di PPR. Kajian melibatkan komuniti remaja yang menetap di kawasan PPR di sekitar Lembah Klang. Sejumlah 244 orang remaja yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 24 tahun terlibat dalam kajian ini. Penganalisaan data dilakukan menggunakan ujian deskriptif dan analisis regresi pelbagai secara stepwise. Kajian mendapati lima faktor yang mempengaruhi keselamatan persekitaran dalam kalangan remaja di PPR iaitu kesihatan diri, hubungan kejiranan, penggunaan media sosial, hubungan keluarga dan semangat cintakan Malaysia. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa faktor kesihatan diri merupakan petunjuk utama yang mempengaruhi keselamatan persekitaran perumahan dalam kalangan remaja yang menetap di PPR. Kombinasi kelima-lima faktor tersebut telah menyumbang sebanyak 39.6% varians terhadap keselamatan persekitaran perumahan dalam kalangan remaja yang tinggal di PPR. Hasil kajian memberi implikasi positif kepada pihak yang berkepentingan dalam usaha menyediakan pelan strategik yang komprehensif untuk menambahbaik program keselamatan dan kesihatan dalam kalangan remaja di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Hubungan kejiranan; Keselamatan persekitaran perumahan; Kesihatan diri remaja; Semangat cintakan Malaysia; Semangat perpaduan; Tingkah laku prososial
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:13257
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Aug 2019 03:22
Last Modified:08 Aug 2019 21:17

Repository Staff Only: item control page