Lee, Hou Zei and Yew, Vivien W.C. and Azima A.M., and Mal, Kong Sia and Chan, Geraldine K.L. (2018) Perubahan sosioekonomi komuniti orang Asli Jakun akibat Rancangan Penempatan Semula: satu kajian kes di RPS Runchang, Pahang. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 14 (4). pp. 127-141. ISSN 2180-2491
|
PDF
543kB |
Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1144
Abstract
Masyarakat orang Asli merupakan masyarakat peribumi di Semenanjung Malaysia. Sehubungan itu, dalam menentukan indeks Kesejahteraan Hidup Malaysia, indeks kesejahteraan orang Asli perlu dikira bersama. Dalam usaha untuk mencapai kesejahteraan hidup masyarakat orang Asli, Rancangan Penempatan Semula (RPS) telah memindahkan mereka dari kawasan pendalaman ke kawasan pinggir bandar bermula pada Rancangan Malaysia Keempat (1980-1985). Program ini telah menyusun dan membangunkan pembangunan sosial dan ekonomi di penempatan orang Asli. Penempatan semula orang Asli ini membawa perubahan dalam kehidupan mereka terutamanya aspek ekonomi, kesihatan dan pendidikan. Pembangunan sosioekonomi ini menyebabkan berlakunya kemusnahan sumber hutan yang sebelum ini menjadi kebergantungan hidup kepada komuniti orang Asli. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perubahan sosial, ekonomi dan kesan RPS kepada komuniti orang Asli Jakun di RPS Runchang, Pekan, Pahang. Bagi mencapai tujuan tersebut, temu bual mendalam telah dilakukan terhadap 11 informan untuk mengetahui perubahan kehidupan yang dialami oleh penduduk di RPS Runchang. Analisis data kajian ini menunjukkan terdapat perubahan sosioekonomi dalam aspek ekonomi, kesihatan dan pendidikan setelah program penempatan semula dilaksanakan. Aspek kesihatan mengalami perubahan secara menyeluruh berbanding dengan aspek ekonomi dan pendidikan. Sehubungan itu, bersama-sama dengan aspek kesihatan, aspek sosioekonomi yang lain ini perlu diberikan perhatian dalam proses pembangunan orang Asli di negara ini bagi memastikan peningkatan dalam indeks Kesejahteraan Hidup masyarakat orang Asli dan indeks kesejahteraan hidup Malaysia umumnya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Masyarakat peribumi; Minoriti; Orang Asli; Perubahan; Rancangan Penempatan Semula; Sosioekonomi |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 13258 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 07 Aug 2019 03:33 |
Last Modified: | 08 Aug 2019 21:19 |
Repository Staff Only: item control page