Potensi Lembah Bujang sebagai destinasi pelancongan kulinari berasaskan sumber alamiah: satu kajian awal

Norsuhana Abdul Hamid, and Fatimah Hassan, (2018) Potensi Lembah Bujang sebagai destinasi pelancongan kulinari berasaskan sumber alamiah: satu kajian awal. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 14 (4). pp. 142-157. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
816kB

Official URL: http://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1144

Abstract

Potensi Lembah Bujang sebagai destinasi pelancongan kulinari merupakan kajian yang digarap berdasarkan bukti kewujudan sumber alamiah seperti flora dan fauna yang dimiliki Sungai Merbok. Beberapa tarikan berasaskan makanan dan aktiviti pengeluaran sumber makanan dalam Lembah Bujang didapati berpotensi untuk diangkat sebagai aset tempatan yang boleh membantu meningkatkan sosioekonomi masyarakat tempatan melalui aktiviti pelancongan. Objektif utama kajian adalah untuk mengenalpasti pelbagai sumber alamiah di sekitar Sungai Merbok dan kewujudan pelbagai jenis makanan dan masakan tempatan berasaskan sumber berkenaan. Metod kajian yang menggunakan analisis bahan sekunder dan kaedah pemerhatian mendapati beberapa sumber flora seperti bakau, nipah dan buluh tumbuh dengan subur dalam habitat asal kawasan. Sementara sumber fauna akuatik dan hidupan bercengkerang wujud secara liar atau diternak dalam sangkar. Aktiviti semasa proses pengeluaran sehingga ke proses penyediaan makanan juga amat menarik untuk diterokai dan berpotensi menambah aktiviti pelancongan kulinari. Namun, beberapa kekangan seperti masalah pasaran, kekurangan tanda arah, pengeluaran terhad dan ketidaksempurnaan prasarana pelancongan perlu segera ditangani oleh pelbagai pihak. Perkara ini penting agar kelebihan Lembah Bujang dan persekitaran Sungai Merbok kekal terpelihara serta hasilnya membawa keuntungan dan kesejahteraan kepada komuniti setempat. Ternyata kelebihan Lembah Bujang sebagai tapak warisan ketamadunan Kedah Tua dan Rizab Biosfera UNESCO akan lebih menyerlah dengan kehadiran unsur-unsur pelancongan kulinari yang berpotensi untuk dilaksanakan kelak serta menjadi destinasi pelancongan yang wajib dilawati pada suatu hari nanti.

Item Type:Article
Keywords:Fauna; Flora; Lembah Bujang; Pelancongan kulinari; Sumber alamiah; Sungai Merbok
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:13259
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Aug 2019 03:38
Last Modified:08 Aug 2019 21:20

Repository Staff Only: item control page