Pengubahan wang haram di Malaysia: analisis kes mahkamah

Khalijah Ahmad, and Amirul Nasir, and Zakiah Muhammaddun Mohamed, (2017) Pengubahan wang haram di Malaysia: analisis kes mahkamah. Asian Journal of Accounting and Governance, 8 ((SI)). pp. 145-152. ISSN 2180-3838

[img]
Preview
PDF
348kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ajac/issue/view/1068/showTo...

Abstract

Pengubahan wang haram merupakan satu jenayah yang semakin berleluasa di Malaysia. Ini berlaku disebabkan oleh peningkatan dalam aktiviti jenayah pada masa ini. Banyak negara di dunia telah membentuk satu rejim undang-undang berhubung pengubahan wang haram bagi menyekat dan membendung jenayah ini. Matlamat asal usaha untuk menyekataktiviti wang haram adalah untuk menutup peluang penjenayah untuk menggunakan hasil jenayah mereka, terutamanya untuk membiaya jenayah terancang yang lain. Walau bagaimanapun, buat masa ini terdapat persoalan sama adamatlamat asal akta ini akan tercapai ataupun tidak. Kajian ini bertujuan menganalisa kes-kes yang telah didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan melihat bagaimana penyelesaian kes-kes ini di mahkamah Malaysia. Menggunakan kaedah analisis kandungan, kajian ini telah meneliti keputusan mahkamah bagi 15 kes di bawah AMLATFPUAA dan mendapati terdapat beberapa jenayah predikat yang telah dikenalpasti. Dari aspek hukuman, mahkamah didapati lebih cenderung memberi hukuman penjara dan denda yang mana denda yang dikenakan bagi hampir keseluruhan kes adalahbersamaan jumlah wang haram yang terlibat dalam kes tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Pengubahan wang haram; Kes mahkamah; Pendakwaan; Kesalahan predikat dan AMLATFPUAA 2001 (JEL): K42 Perlakuan menyalahi undang-undang dan penguatkuasaan undang-undang
Journal:Asian Journal of Accounting and Governance
ID Code:13302
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 Aug 2019 07:45
Last Modified:27 Aug 2019 21:24

Repository Staff Only: item control page