Hubungan antara faktor institusi dan tunggakan cukai taksiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia

Razlan Abdul Razak, and Rosiati Ramli, and Mohd Rizal Palil, (2017) Hubungan antara faktor institusi dan tunggakan cukai taksiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia. Asian Journal of Accounting and Governance, 8 ((SI)). pp. 153-163. ISSN 2180-3838

[img]
Preview
PDF
481kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/ajac/issue/view/1068/showTo...

Abstract

Cukai taksiran adalah cukai yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke atas hartanah. Berdasarkan kepada Laporan Ketua Audit Negara, semua PBT di Malaysia menghadapi masalah kutipan cukai taksiran yang tidakmemuaskan dan tunggakan cukai cukai yang semakin meningkat setiap tahun. Tujuan utama kajian ini adalah untukmengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada situasi ini, khususnya mengenalpasti hubungan di antarafaktor dalaman institusi PBT dan tunggakan cukai taksiran. Terdapat tiga perkara utama yang dikaji iaitu strukturorganisasi, kempen dan promosi, serta tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh PBT. Kajian telah membuat soalselidik ke atas kesemua 99 PBT di Semenanjung Malaysia dan mendapati terdapat tiga faktor yang menyumbang secara signifikan kepada tunggakan cukai taksiran. Faktor pertama ialah mewujudkan jabatan/bahagian khas tunggakan cukai taksiran, kedua kategori PBT itu sendiri, dan ketiga tahap kebergantungan PBT terhadap hasil cukai taksiran. Kajian mencadangkan setiap PBT perlu melakukan penstrukturan semula dengan mewujudkan bahagiankhas tunggakan cukai taksiran dan menfokuskan kepada tindakan penguatkuasaan yang lebih berkesan.

Item Type:Article
Keywords:Pihak Berkuasa Tempatan; Kutipan cukai taksiran; Tunggakan cukai taksiran; Akta Kerajaan Tempatan 1976; Faktor institusi
Journal:Asian Journal of Accounting and Governance
ID Code:13303
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 Aug 2019 07:54
Last Modified:27 Aug 2019 21:25

Repository Staff Only: item control page