Mohd. Norfaizal Ghazalli, and Noraini Talip, and A. Latiff, and Mohd. Shukri Mat Ali, and Ahmad Zaki Zaini, and Nurshahidah Mohd Rusli, (2019) Morfologi debunga lima genus terpilih Sapindaceae di Semenanjung Malaysia. Sains Malaysiana, 48 (3). pp. 487-496. ISSN 0126-6039
|
PDF
2MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil3_2...
Abstract
Kajian morfologi debunga untuk enam spesies dan lima genus dalam empat tribus di dalam famili Sapindaceae telah dijalankan menerusi pemerhatian mikroskop elekron imbasan. Sebanyak tujuh ciri morfologi debunga telah dikenal pasti boleh digunakan untuk membezakan spesies kajian iaitu jenis debunga, saiz debunga, bentuk debunga, ciri ambitus, variasi nisbah C/P, variasi indeks kawasan kutub d/D dan ciri hiasan eksin. Dua kelas debunga yang direkodkan hadir ialah trikolporat dan triporat dengan dua bentuk debunga juga telah dikenal pasti hadir pada spesies yang dikaji iaitu bentuk segitiga dan prolat. Kajian ini menunjukkan terdapat dua ciri diagnosis dicerap iaitu jenis debunga triporat pada Guioa pleuropteris dan julat d/D butir debunga (Lepisanthes tetraphylla) yang kecil iaitu kurang daripada 0.25 boleh digunakan untuk membezakan spesies-spesies Sapindaceae kajian secara langsung.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Debunga; Morfologi; Sapindaceae; Semenanjung Malaysia |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 13307 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 28 Aug 2019 04:32 |
Last Modified: | 29 Aug 2019 21:21 |
Repository Staff Only: item control page