Ahmad Fairudz Jamaluddin, and Fredolin Tangang, and Wan Maisarah Wan Ibadullah, and Liew, Juneng and Diong, Jeong Yik and Ester Salimun, and Ambun Dindang, and Muhammad Helmi Abdullah, (2019) Klimatologi hujan diurnal dan bayu laut-darat di Semenanjung Malaysia. Sains Malaysiana, 48 (3). pp. 509-522. ISSN 0126-6039
|
PDF
2MB |
Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil3_2...
Abstract
Kajian ini bertujuan memahami klimatologi kitaran hujan diurnal dan mekanismanya di Semenanjung Malaysia berdasarkan analisis data cerapan. Analisis jumlah, kekerapan dan keamatan hujan diurnal memperlihatkan 4 peristiwa hujan diurnal yang utama, iaitu: kejadian hujan petang maksimum semasa musim peralihan monsun di kaki bukit Banjaran Titiwangsa adalah lebat dan sering berlaku; kejadian hujan sepanjang hari di pantai timur semenanjung (subrantauan PT) semasa monsun timur laut adalah lebat dan sering berlaku; kejadian hujan pada pagi di lembah-pedalaman semenanjung (sub-rantauan LP) semasa monsun timur laut adalah rendah walaupun hujan lebat sering berlaku pada petangnya; dan kejadian hujan pagi maksimum di pantai barat semenanjung (sub-rantauan PB) semasa Jun-Julai-OgosSeptember-Oktober-November (JJOSON) merupakan kejadian hujan yang melampau namun kekerapannya adalah rendah. Di sub-rantauan PB, kelajuan angin permukaan yang kuat berbanding lemah pada aras troposfera yang lebih tinggi semasa musim peralihan monsun menyebabkan ricih angin bergerak ke atas. Sebaliknya, kombinasi angin monsun dan bayu laut semasa monsun barat daya menyebabkan ricih angin bergerak ke troposfera bawah. Semasa monsun timur laut, luluran angin sejuk dan bayu laut menyebabkan kelajuan angin adalah kuat pada permukaan sehingga ke aras 2 km tinggi di timur semenanjung. Ini menyebabkan zon perolakan yang tertumpu di sub-rantauan PT pada pagi meluas sehingga ke sub-rantauan LP pada waktu petang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bayu laut-darat; Hujan diurnal; Semenanjung Malaysia |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 13309 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 28 Aug 2019 06:53 |
Last Modified: | 29 Aug 2019 21:23 |
Repository Staff Only: item control page