Sumbangan pendidikan kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, 1970-1996

Rahmah Ismail , (1998) Sumbangan pendidikan kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, 1970-1996. Jurnal Ekonomi Malaysia, 32 . ISSN 0127-1962

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/~penerbit

Abstract

Pada akhir 1980-an dan awal 1990-an, ekonomi Malaysia telah mencapai kadar pertumbuhan purata yang memberangsangkan pada 9 peratus setahun. Lazimnya, modal fizikal dan input buruh merupakan faktor pertumbuhan ekonomi yang penting. Walau bagaimanapun pergantungan kepada faktor asas pengeluaran ini semata-mata tidaklah menjamin pertumbuhan ekonomi yang lestari. Sebaliknya peningkatan produktiviti yang boleh dicapai melalui pembangunan sumber manusia (PSM) dan pembaikan teknologi sangat penting dalam usaha mengekalkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Kertas kerja ini cuba menganalisis sejauhmana faktor pendidikan yang merupakan komponen PSM yang terpenting menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tempoh 1970-1996. Dua pemboleh ubah pendidikan yang digunakan dalam analisis ini ialah kadar celik huruf dan perbelanjaan kerajaan ke atas pendidikan. Kedua-dua faktor ini dimasukkan ke dalam fungsi pengeluaran bersama-sama faktor asas pengeluaran sepertimana modal dan buruh dan dianggarkan melalui pendekatan model regresi dengan kaedah 'ordinary least squares'. Nilai keanjalan input yang diperolehi daripada penganggaran ini digunakan sebagai asas dalam mengukur sumbangan pendidikan dan input lain kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia

Item Type:Article
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:1331
Deposited By: mr Mustaffa Abu Bakar
Deposited On:18 May 2011 01:23
Last Modified:16 Aug 2011 02:44

Repository Staff Only: item control page