Fenazin sebagai potensi antibiotik baru daripada Streptomyces kebangsaanensis

Juwairiah Remali, and Noraziah Mohamad Zin, and Ng, Chyan Leong and Wan M. Aizat, and Tiong, John J.L (2019) Fenazin sebagai potensi antibiotik baru daripada Streptomyces kebangsaanensis. Sains Malaysiana, 48 (3). pp. 543-553. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/malay_journals/jilid48bil3_2...

Abstract

Fenazin merupakan metabolit sekunder yang biasanya disintesis secara semula jadi oleh Pseudomonas dan Streptomyces. Ia merupakan sebatian heterosiklik yang mempunyai sebatian bernitrogen pada struktur teras cecincin. Kajian mengenai antibiotik ini telah bermula seawal abad ke-19 lagi dan ternyata menjadi calon dadah yang berpotensi tinggi dalam dunia perubatan. Sehingga kini, lebih daripada 100 jenis fenazin telah diterokai daripada sumber semula jadi dan boleh bertindak sebagai antibakteria, antikanser, antivirus, antitumor serta antiparasit. Setakat ini, kajian biosintesis fenazin yang telah dijalankan terhadap Pseudomonas dan Streptomyces telah mendedahkan gen yang bertanggungjawab dalam tapak jalan biosintesis fenazin, namun begitu, gen khusus yang terlibat dalam penghasilan terbitan fenazin yang kompleks masih dalam hipotesis. Dalam ulasan ini, kami membincangkan kepentingan fenazin serta pemahaman terkini tentang tapak jalan biosintesis fenazin yang berjaya diterokai di dalam Streptomyces kebangsaanensis.

Item Type:Article
Keywords:Antibiotik; Biosintesis; Fenazin; Streptomyces kebangsaanensis
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:13312
Deposited By: ms aida -
Deposited On:28 Aug 2019 07:57
Last Modified:29 Aug 2019 21:26

Repository Staff Only: item control page