Nurfatin Mohid, and Tuan Mazlelaa Tuan Mahmood, and Lau, Chee Lan and Raha Abdul Rahman, and Noraida Mohamed Shah, (2019) Penggunaan ubat-ubatan tidak berlesen dan luar label di kalangan pesakit dewasa di Unit Rawatan Rapi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 17 (1). pp. 17-20. ISSN 1675-8161
|
PDF
304kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/686
Abstract
Penggunaan ubat-ubatan tidak berlesen dan luar label di kalangan orang dewasa jarang dilaporkan dengan penyelidikan yang lebih terhad berbanding kanak-kanak. Kajian ini dijalankan untuk mencirikan penggunaan ubat-ubatan tidak berlesen dan luar label di kalangan pesakit dewasa unit rawatan rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Data berkaitan ubat-ubatan yang dipreskrib kepada pesakit-pesakit dikumpulkan dari rekod perubatan pesakit dan klasifikasi setiap ubat sama ada tidak berlesen atau luar label ditetapkan. Seramai 49 (73.1%) dan 20 (29.9%) pesakit daripada sejumlah 67 pesakit menerima sekurang-kurangnya satu ubat tidak berlesen atau luar label, setiap satunya. Sebab utama penggunaan ubat luar label adalah frekuensi pendosan yang lebih tinggi berbanding frekuensi pendosan yang dilesenkan (29.6%). Penggunaan ubat tanpa lesen dan luar label yang paling kerap masing-masing adalah tablet amlodipine (5.8%) dan injeksi metoclopromide (11.1%). Tempoh penginapan di ICU merupakan prediktor yang signifikan untuk penggunaan ubat-ubatan tanpa lesen (OR 1.219; 95% CI 1.022-1.456; p = 0.028), manakala bilangan ubat-ubatan yang dipreskrib merupakan prediktor yang signifikan untuk penggunaan ubat-ubatan luar label (OR 1.130; 95% CI 1.010-1.263; p = 0.032). Penggunaan ubat-ubatan tidak berlesen yang lebih kerap berbanding ubat-ubatan luar label di kalangan pesakit dewasa di ICU menunjukkan perlunya lebih banyak penyelidikan dijalankan memandangkan keadaan pesakit yang kritikal.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pesakit dewasa; Unit Rawatan Rapi (ICU); Malaysia; Luar label; Tanpa lesen |
Journal: | Jurnal Sains Kesihatan Malaysia |
ID Code: | 13333 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 04 Sep 2019 03:51 |
Last Modified: | 06 Sep 2019 22:00 |
Repository Staff Only: item control page