Upah agregat dan produktiviti buruh di Malaysia: penganggaran model penentuan upah dengan pendekatan kointegrasi

Mansor Jusoh, and Chew, Yuet Fah (1998) Upah agregat dan produktiviti buruh di Malaysia: penganggaran model penentuan upah dengan pendekatan kointegrasi. Jurnal Ekonomi Malaysia, 32 . ISSN 0127-1962

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/~penerbit

Abstract

Kertas ini mengkaji hubungan antara upah, tingkat harga dan produktiviti buruh di Malaysia antara tahun 1970-1994. Kewujudan hubungan jangka panjang antara upah, tingkat harga dan produktiviti buruh disahkan dengan menggunakan pendekatan kointegrasi. Model dinamik jangka pendek ECM dianggarkan dengan kaedah dua tahap Granger dan Engle. Dua penemuan utama diperoleh. Pertama, dalam jangka panjang upah bergerak secara berkadaran dengan tingkat harga, tetapi cenderung untuk meningkat lebih tinggi daripada kenaikan harga dalam jangka pendek. Kedua, upah dan produktiviti buruh bergerak secara bersama iaitu apabila diambilkira perubahan harga. Keanjalan jangka panjang upah terhadap produktiviti buruh ialah 0.76 yang daripada segi statistik tidak berbeza daripada satu. Kenaikan produktiviti buruh dengan segera diikuti oleh kenaikan yang lebih besar dalam upah semasa yang apabila ditambah kesan tertangguh membawa kepada kenaikan upah jangka pendek pada kadar yang lebih besar. Ketakseimbangan jangka pendek yang wujud bagaimanapun adalah sementara yang akan terselaras sepenuhnya dalam tempoh kurang daripada empat tahun. Penemuan ini seterusnya digunakan untuk membuat penilaian reformasi upah cadangan National Labour Advisory Council (NLAC). Berasaskan penemuan kajian, boleh dirumuskan bahawa reformasi tersebut tidak perlu. Disebabkan kesukaran melaksanakannya memberikan implikasi terhadap hubungan upah dan produktiviti yang tidak begitu berbeza daripada mekanisme penentuan upah yang diamalkan kini

Item Type:Article
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:1334
Deposited By: mr Mustaffa Abu Bakar
Deposited On:18 May 2011 01:40
Last Modified:16 Aug 2011 02:01

Repository Staff Only: item control page