Pelaksanaan terapi tingkah laku kognitif dalam program pemulihan terapeutik berasas institusi untuk remaja hamil luar nikah

Siti Hajar Abu Bakar Ah, and Haris Abdul Wahab, and Siti Balqis Mohd Azam, (2019) Pelaksanaan terapi tingkah laku kognitif dalam program pemulihan terapeutik berasas institusi untuk remaja hamil luar nikah. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 17 (1). pp. 83-90. ISSN 1675-8161

[img]
Preview
PDF
365kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jskm/issue/view/686

Abstract

Terapi Tingkah Laku Kognitif (Cognitive Behavioral Therapy atau CBT) adalah satu komponen penting dalam pemulihan remaja yang terlibat dengan salah laku seks. CBT menstruktur semula kapasiti pemikiran mereka bagi mengawal tingkah laku antisosial mereka. Satu kajian kualitatif mendalam telah dilakukan di sebuah institusi awam kanak-kanak perempuan untuk meneliti praktis CBT. Seramai sepuluh orang remaja hamil luar nikah telah ditemu bual secara mendalam mengenai praktis CBT di dalam program pemulihan yang mereka ikuti. Kajian ini mendapati praktis CBT hanya terfokus kepada aktiviti berbentuk keagamaan, cenderung kepada program vokasional, ketiadaan program penambahan pengetahuan am, ketiadaan khidmat pakar terapi untuk melaksanakan prosedur CBT dan ketiadaan set protokol terapi rawatan.Dapatan-dapatan berkenaan kemudiannya mendorong kajian ini mencadangkan beberapa intervensi yang boleh membantu meningkatkan praktis CBT untuk pemulihan remaja yang terlibat dengan salah laku seks.

Item Type:Article
Keywords:Terapi Tingkah Laku Kognitif (CBT); Pemulihan sosial; Salah laku seks; Pemulihan berasas institusi; Hamil luar nikah
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:13342
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Sep 2019 03:34
Last Modified:06 Sep 2019 22:16

Repository Staff Only: item control page