Yu, Yi Lin and Rohaida Nordin, (2017) Jenayah benci: suatu pengenalan. Current Legal Issues, 1 . pp. 1-10.
|
PDF
426kB |
Official URL: http://www.ukm.my/cli/artikel-2017/
Abstract
Fenomena jenayah benci dapat dikesan sejak tamadun purba seperti Empayar Rom dan salah satu kejadian jenayah benci yang paling ketara dalam sejarah adalah polisi "Final Solution" Hitler yang telah membawa kepada penghapusan orang-orang Yahudi dan juga pembinaan kem-kem kematian berskala penuh oleh kumpulan Nazi. Kejadian ini yang dinamakan “The Holocaust” merupakan titik hitam dalam sejarah dunia yang menyebabkan pembunuhan berjuta-juta orang. Pada kebelakangan ini, pembunuhan beramai-ramai oleh golongan ISIS (Islamic State of Iraq & Syria), iaitu kumpulan ekstremis agama, juga telah menyebabkan kematian berskala besar di Iraq dan Syria. Kebanyakan jenayah benci adalah bersifat impulsif, ganas dan tidak berperikemanusiaan serta membawa kesan serius bukan sahaja kepada mangsa itu sendiri tetapi juga kepada komuniti mangsa tersebut secara umum. Walaupun jenayah benci berterusan berlaku dalam kehidupan seharian kita, majoriti masyarakat masih kurang berpengetahuan tentang jenayah benci dan cara untuk menanganinya. Dengan itu, artikel ini membincangkan mengenai definisi dan konsep jenayah benci serta sifat jenayah benci dan perbezaannya dengan jenayah tradisional. Artikel ini juga akan membincangkan tentang latar belakang dan sistem perundangan jenayah benci sebagai suatu undang-undang yang menangani isu jenayah benci.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Jenayah benci; Motif; Bias; Ciri-ciri yang dilindungi |
Journal: | Current Legal Issue |
ID Code: | 13348 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 11 Sep 2019 03:35 |
Last Modified: | 13 Sep 2019 22:48 |
Repository Staff Only: item control page