Kecuaian perubatan: pendekatan mahkamah dalam melindungi hak pesakit berhubung dengan izin bermaklumat di Malaysia

Nur Amalina Ahmad Nazeri, and Tengku Noor Azira Tengku Zainudin, (2017) Kecuaian perubatan: pendekatan mahkamah dalam melindungi hak pesakit berhubung dengan izin bermaklumat di Malaysia. Current Legal Issues, 1 . pp. 1-16.

[img]
Preview
PDF
499kB

Official URL: http://www.ukm.my/cli/artikel-2017/

Abstract

Kecuaian merupakan kesalahan di bawah undang-undang Tort yang memerlukan pembuktian terhadap tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah wujudnya tugas berhati-hati, berlaku pecahan tugas dan juga akibat daripada pecahan tugas tersebut ia memberi kerosakan ataupun kecederaan kepada individu di mana tugas tersebut dikenakan. Standard tugas berhati-hati adalah berbeza mengikut profesyen. Bagi kes-kes yang melibatkan kecuaian perubatan, standard yang tinggi dikenakan dalam menentukan tugas seorang doktor. Di England, kes Bolam merupakan kes pendanda aras bagi menentukan standard tugas berhati-hati seorang doktor. Dalam kes ini, standard tersebut adalah ditentukan berdasarkan amalan biasa dalam bidang perubatan. Ini bermaksud sekiranya seorang doktor telah melakukan tugasnya berdasarkan amalan biasa tersebut, maka ia telah memenuhi standard tugas berhati-hati seorang doktor. Di Australia pula, kes Rogers telah mengambil pendekatan yang lain di mana mahkamah perlu campur tangan dalam menentukan standard tugas berhati-hati seorang doktor dalam aspek pendedahan maklumat. Sekaligus ia melindungi hak pesakit dalam izin bermaklumat. Pendekatan mahkamah dalam kebanyakan kes awal yang diputuskan di Malaysia dalam melindungi hak pesakit dalam kes-kes kecuaian perubatan berhubung izin bermaklumat adalah tidak jelas kerana merujuk kepada kes Bolam yang bergantung kepada pendapat amalan biasa perubatan semata. Hal ini menyebabkan hak pesakit berhubung dengan izin bermaklumat tidak dilindungi di dalam antara kes-kes terawal yang diputuskan di Malaysia. Oleh itu kajian ini melihat bagaimana pendekatan mahkamah dalam kes-kes di England dan Australia berhubung dengan standard tugas berhati-hati dalam aspek pendedahan maklumat dengan lebih terperinci. Di samping itu, perkembangan kes-kes di Malaysia turut dikaji untuk melihat sama ada hak pesakit berhubung dengan izin bermaklumat dilindungi oleh mahkamah ataupun tidak. Di Malaysia, didapati kes Foo Fio Na telah beranjak daripada prinsip yang dinyatakan di dalam kes Bolam dan telah menggunapakai kes Rogers dalam aspek pendedahan maklumat. Hak pesakit berhubung izin bermaklumat adalah dilindungi di dalam kes ini. Namun begitu, beberapa penambahbaikan pendekatan perlu dilakukan oleh mahkamah di Malaysia berhubung dengan isu pendedahan maklumat ini. Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah dengan menetapkan satu kerangka kerja berkenaan dengan sejauh mana pendedahan maklumat boleh dilakukan selari dengan standard tugas berhati-hati seorang doktor untuk menjadikan segala-galanya jelas.

Item Type:Article
Keywords:Kecuaian perubatan; Hak pesakit; Izin bermaklumat
Journal:Current Legal Issue
ID Code:13349
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Sep 2019 03:41
Last Modified:13 Sep 2019 22:48

Repository Staff Only: item control page