Keganasan siber: suatu pengenalan

Mohamad Azlan Basri, and Nazura Abdul Manap, (2017) Keganasan siber: suatu pengenalan. Current Legal Issues, 1 . pp. 1-15.

[img]
Preview
PDF
527kB

Official URL: http://www.ukm.my/cli/artikel-2017/

Abstract

Keganasan siber merupakan suatu kesalahan yang membawa keganasan konvensional kepada suatu tahap baharu apabila ia mengaplikasikan penggunaan siber dan teknologi dalam perancangan, persediaan dan perlaksanaan sesuatu serangan. Keganasan siber dilihat sebagai suatu titik pertembungan diantara jenayah keganasan dan jenayah siber. Keadaan ini menyebabkan wujud kekeliruan tentang apakah yang dimaksudkan sebagai ‘keganasan siber’ dan apakah perbezaan diantara ‘keganasan siber’ dan ‘jenayah siber.’ Disebabkan kekeliruan tersebut, maka, penulisan ini bermatlamat untuk mengkaji dan menilai istilah ‘keganasan siber’ secara lebih mendalam selain mengenalpasti elemen-elemen yang mendasari kesalahan ini. Penulisan ini juga membincangkan berkenaan modus operandi disebalik sesuatu serangan keganasan siber. Penulisan ini juga mengetengahkan contoh-contoh kejadian melibatkan keganasan siber bagi memudahkan kefahaman pembaca berkenaan ‘keganasan siber’ itu sendiri.

Item Type:Article
Keywords:Keganasan siber; Pengganas; Serangan siber; Elemen keganasan siber
Journal:Current Legal Issue
ID Code:13350
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Sep 2019 03:49
Last Modified:13 Sep 2019 22:50

Repository Staff Only: item control page