Isu eksploitasi dan monopoli ke atas pengetahuan tradisi berkaitan kebudayaan dalam rejim harta intelek

Timinah Jafar, and Nazura Abdul Manap, (2017) Isu eksploitasi dan monopoli ke atas pengetahuan tradisi berkaitan kebudayaan dalam rejim harta intelek. Current Legal Issues, 1 . pp. 1-17.

[img]
Preview
PDF
421kB

Official URL: http://www.ukm.my/cli/artikel-2017/

Abstract

Eksploitasi yang berlaku dalam undang-undang harta intelek ke atas pengetahuan tradisi berkaitan kebudayaan, kebiasaannya melalui hakcipta dan cap dagangan. Sejarah undang-undang hakcipta bermula di Eropah dengan kewujudan Psalter Ireland kuno dan kemudian wujud Statute of Anne 1709 di Britain yang dianggap undang-undang hakcipta moden. Hakcipta menjadi perundangan di peringkat antarabangsa apabila wujud Konvensyen Berne 1886. Sejarah undang-undang cap dagangan bermula dengan wujudnya Trade Marks Registration Act 1875 di England. Cap dagangan menjadi perundangan di peringkat antarabangsa apabila wujud Konvensyen Paris 1883. Kedua-dua konvensyen tersebut telah dibawa masuk ke dalam perjanjian pedagangan pelbagai hala World Trade Organization (WTO), semasa berlangsungnya rundingan Pusingan Uruguay pada 1986 dan mewujudkan Agreement on Trade-Related Aspects of Intellectual Property Rights (TRIPS). Pemilik hak harta intelek dimiliki secara individu atau oleh entiti tertentu dan ia diwujudkan untuk tujuan komersial dan dilindungi oleh undang-undang. Sebaliknya pengetahuan tradisi adalah harta intelek komuniti tempatan dan peribumi yang berbeza dengan undang-undang harta intelek sedia ada. Pengetahuan tradisi ialah pengetahuan, inovasi dan amalan yang dimiliki oleh komuniti secara bersama, kebiasaannya ia disampaikan secara lisan, dalam bentuk riwayat, nyanyian, cerita rakyat, peribahasa, nilai budaya, kepercayaan, upacara keagamaan, undang-undang tradisi, bahasa tempatan dan lain-lain. Ciri-ciri kewujudannya ialah, dihasilkan melalui pengalaman dari generasi ke generasi, diamalkan oleh masyarakat setempat, menjadi pancaran identiti sosial dan budaya, wujud elemen warisan tradisi yang menjadi hak serta tanggungjawab bersama, dan dicipta bukan untuk tujuan komersial tetapi sebagai panduan dalam urusan keagamaan dan amalan harian yang dipelihara sepanjang masa oleh masyarakat itu sendiri. Pengetahuan tradisi sering dieksploitasi dan dimonopoli kerana tidak dilindungi di bawah undang-undang harta intelek sedia ada khususnya TRIPS. Antara kes yang masyhur dalam isu ini ialah Lego, Deep Forest, Ami Song of Joy, Morning Star Pole, Mutant Message Down Under dan lain-lain. Aktiviti seperti itu adalah ancaman kepada pengetahuan tradisi kerana ia akan menghakis amalan dalam budaya, adat resam, warisan dan lain-lain dalam komuniti tempatan. Pengetahuan tradisi di Malaysia juga menghadapi cabaran untuk disalahgunakan dan ini akan mencemarkan budaya, adat resam dan keagamaan. Perbincangan yang analitikal dan kritikal meliputi sejarah undang-undang hakcipta dan cap dagangan, perkara-perkara berkaitan pengetahuan tradisi, contoh-contoh eksploitasi yang telah berlaku dan pengetahuan tradisi di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Harta intelek
Journal:Current Legal Issue
ID Code:13356
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Sep 2019 04:55
Last Modified:13 Sep 2019 23:04

Repository Staff Only: item control page