Perkembangan sistem perdagangan merkantilisme Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (1909-1913)

Mohd Shazwan Mokhtar, and Muhammad Aslah Akmal Azmi, and Mohd Samsudin, (2017) Perkembangan sistem perdagangan merkantilisme Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (1909-1913). Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 44 (2). pp. 1-26. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
465kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1036

Abstract

Artikel ini membincangkan perkembangan sistem perdagangan merkantilisme Negeri-Negeri Melayu Bersekutu semenjak tahun 1909 hingga tahun 1913. Kawalan terhadap pentadbiran kewangan dan ekonomi eksport oleh British sejak penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada tahun 1909 sebenarnya bertentangan dengan amalan perdagangan bebas British pada abad ke-19. Sehingga tahun 1913, British berjaya mengumpul lebihan baki kewangan persekutuan menerusi kawalannya terhadap Majlis Mesyuarat Persekutuan. Tempoh masa antara tahun 1909 hingga 1913 membuktikan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mempunyai lebihan baki kewangan yang tinggi. Oleh itu, objektif kajian ini ialah meneliti pembentukan sistem perdagangan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu oleh British sejak penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan sehingga sebelum Perang Dunia Pertama. Hasil kajian mendapati, ciri penting perdagangan merkantilisme yang mempengaruhi sistem perdagangan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ialah campur tangan Ketua Setiausaha menerusi peruntukkan undang-undang oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan. Ketua Setiausaha mempunyai bidang kuasa untuk mengawal sistem kewangan, sistem cukai dan ekonomi eksport yang merupakan pendapatan utama kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kajian ini menggunakan kaedah kajian sejarah yang memberi tumpuan terhadap rekod-rekod perdagangan dan pentadbiran kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Item Type:Article
Keywords:Sejarah ekonomi; Perdagangan; Merkantilisme; Ekonomi imperial British; Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:13357
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Sep 2019 06:43
Last Modified:13 Sep 2019 23:06

Repository Staff Only: item control page