Pengaruh sosialisme demokratik dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR): reformasi dan cabaran kepada ideologi alternatif di Malaysia

Mohd Azizi Jaeh, (2017) Pengaruh sosialisme demokratik dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR): reformasi dan cabaran kepada ideologi alternatif di Malaysia. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 44 (2). pp. 27-50. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
443kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1036

Abstract

Artikel ini membahaskan ideologi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam konteks perjuangan reformasi dan program politik sebagai pakej tawaran alternatif menggantikan ideologi domain Barisan Nasional (BN). Zaman pasca Reformasi telah memperlihatkan pragmatisme PKR dalam menggabungkan ideologi sosialisme dan liberalisme untuk menggerakkan kebangkitan rakyat. Dengan menggunakan kerangka konsep ideologi dan falsafah sosialisme demokratik, penulisan ini akan membentangkan tiga bahagian utama: perdebatan spektrum kiri dan kanan, menganalisis perkaitan ideologi sosialisme demokratik dalam PKR serta cabaran PKR dalam memasarkan ideologinya. Berdasarkan analisis kajian perpustakaan, ideologi PKR menonjolkan keupayaan Anwar Ibrahim menyatukan intelektual kiri dan kanan ke dalam parti. Pengkaji meletakkan pemerhatian terhadap situasi ideologi yang semakin dinamik merangsang parti politik bergerak kepada aliran kiri sederhana dan penerimaan sebahagian elemen liberalisme. Secara tidak langsung, ia menggambarkan pendekatan jalan tengah (centrist) PKR dalam mengangkat nilai kesamarataan, keadilan sosial, kebebasan dan ketuanan rakyat. Namun begitu, kuantiti sokongan hanya terpusat di kalangan generasi pro-pembaharuan terus menyukarkan perubahan budaya politik alternatif di samping menandingi hegemoni politik Melayu UMNO, ideologi politik perkauman dan konservatisme.

Item Type:Article
Keywords:Parti Keadilan Rakyat (PKR); Sosialisme demokratik; Ideologi; Reformasi politik; Anwar Ibrahim; Pragmatisme
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:13358
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Sep 2019 06:53
Last Modified:13 Sep 2019 23:08

Repository Staff Only: item control page