Pemikiran strategik dasar luar India: dari Dasar Pandang Timur ke Dasar Tindak Timur

Ravichandran Moorthy, and Kavaramma Subramaniam, (2017) Pemikiran strategik dasar luar India: dari Dasar Pandang Timur ke Dasar Tindak Timur. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 44 (2). pp. 51-72. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
735kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1036

Abstract

Kebangkitan India sebagai kuasa ekonomi dan langkah strategik untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi telah membawa kepada perubahan dasar luar India daripada Look East Policy (Dasar Pandang Timur) kepada Act East Policy (Dasar Tindak Timur). Dasar baru inidilihat sebagai satu pendekatan yang diambil oleh India untuk menghadapi perubahan senario global. Dasar Tindak Timurmemberi tumpuan kepadapembinaan strategi bagi pertumbuhan ekonomi, politik, keselamatan dan pertahanan India, melalui pelanjutan hubungan baik dengan negara -negara di Asia Tenggara dan Asia Timur. Mulai 2014, pimpinan Narendra Modi telah memperkenalkan Dasar Tindak Timuryang dilihat sebagai satu pendekatan India untuk mencapai kepentingan ekonomi dan geostrategik. Walaupun kedua-dua dasar ini menjurus kepada hubungan dengan negaranegara di bahagian timur India, di Asia Tenggara dan Asia Timur, namun kedua-dua dasar ini menampakkan beberapa perbezaan dan persamaan. Artikel ini, menjawab persoalan samada Dasar Tindak Timurini merupakan satu polisi baru India ataupun kesinambungan daripada polisi sedia ada iaitu Dasar Pandang Timur. Ataupun, polisi baru ini hanya merupakan retorik politik semata-mata.

Item Type:Article
Keywords:Dasar Tindak Timur; Dasar Pandang Ke Timur; Dasar luar; India; Pemikiran strategik; Kepentingan nasional
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:13359
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Sep 2019 07:02
Last Modified:13 Sep 2019 23:10

Repository Staff Only: item control page