Permasalahan Kuomintang dalam politik China, 1911-1949: satu tinjauan umum

Suffian Mansor, and Aisha Bibi Kamaruddin, and Azharudin Mohamed Dali, (2017) Permasalahan Kuomintang dalam politik China, 1911-1949: satu tinjauan umum. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 44 (2). pp. 73-93. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
600kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1036

Abstract

China pada awal dan pertengahan abad ke-20 mengalami pelbagai masalah yang mengancam kedaulatannya. Dinasti Qing gagal memerintah China dengan baik telah disingkirkan oleh pihak nasionalis yang kemudiannya menubuhkan Kuomintang (KMT). KMT juga menghadapi masalah besar untuk memulihkan masalah di China. Yuan Shih Kai yang diharap memimpin China dengan baik gagal berbuat demikian dan telah mengkhianati perjuangan KMT. Kematian Yuan Shih Kai membawa masalah besar apabila China berpecah berdasarkan penguasaan panglima perang. Dengan pertolongan Soviet Union, KMT telah berjaya menyatukan China pada tahun 1928. Walaupun berjaya berkuasa di China tetapi KMT masih mempunyai masalah besar. Panglima Perang masih lagi tidak menunjukkan taat setia yang kuat kepada KMT. Manakala hubungan KMT dan komunis mula rengang pada pertengahan tahun 1920an. Hal ini mewujudkan masalah antara mereka sehingga KMT berusaha melenyapkan komunis di China. Pencerobohan tentera Jepun pada tahun 1930an membawa masalah KMT semakin rumit. Walaupun mendapat sokongan Soviet Union dan Amerika Syarikat dalam melawan Jepun tetapi KMT gagal menangani kemaraan Jepun. Tamatnya perang tidak menamatkan masalah KMT. KMT terpaksa pula berhadapan dengan masalah lama iaitu komunis. Masalah antara kedua-dua pihak ini berterusan sehingga tamatnya Perang Dunia Kedua. Akhirnya KMT gagal menpertahankan China apabila ditewaskan oleh pihak komunis pada tahun 1949.

Item Type:Article
Keywords:Dinasti Qing; Kuomintang dan Parti Komunis China
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:13360
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Sep 2019 07:21
Last Modified:13 Sep 2019 23:12

Repository Staff Only: item control page