Penghijarahan buruh India ke Pulau Pinang: kajian mengenai corak migrasi dan pengaruh sosio-ekonomi sebelum tahun 1930

Mohan Rathakrishnan, (2017) Penghijarahan buruh India ke Pulau Pinang: kajian mengenai corak migrasi dan pengaruh sosio-ekonomi sebelum tahun 1930. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 44 (2). pp. 94-114. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
419kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1036

Abstract

Kedatangan buruh India ke Pulau Pinang berlaku dengan pesat semasa penjajahan British. Ramai buruh India telah dibawa masuk menjelang 1820-an. Krisis ekonomi dan sosial di India mempengaruhi demografi Pulau Pinang berikutan kedatangan buruh India menjelang abad ke 19. Pulau Pinang merupakan Negeri Selat yang terpenting sebagai sebuah pelabuhan terkenal di rantau Asia Tenggara. Tenaga kerja dari India digunakan oleh British untuk majukan sektor perladangan getah, kelapa dan pengangkutan. Terdapat pelbagai aspek yang mempengaruhi cara hidup buruh India seperti politik, kebudayaan, kepercayaan, ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun objektif kajian ini adalah melihat corak migrasi buruh India selepas pembukaan Pulau Pinang dan bagaimana pengaruh sosial seperti sistem kasta, kegiatan ekonomi seperti buruh perladangan di sektor perladangan yang diamalkan di India terhadap cara hidup buruh India di Pulau Pinang. Selain masalah kasta, kajian ini turut menjelaskan ketidakadilan zaminder terhadap buruh India di ladang. Sumber rujukan bagi artikel ini terdiri daripada sumber lisan, dokumen rasmi, manuskrip dan buku tulisan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa sebelum tahun 1930, pengaruh sosial(sistem kasta) dan amalan pekerjaan di India masih mempunyai pengaruh besar terhadap buruh India yang bekerja di Pulau Pinang. Skop bagi kajian ini meliputi pengaruh sosial iaitu sistem kasta dan ekonomi serta corak migrasi buruh India yang melibatkan agen-agen pekerja di bawah sistem “indenture” dan kangani. Kesimpulannya, artikel ini menjelaskan ketebalan pengaruh sosial dan ekonomi dari India terhadap buruh India di Pulau Pinang sebelum tahun 1930.

Item Type:Article
Keywords:Buruh India; Krisis ekonomi; Sistem Kasta; Sistem "Indenture” dan Kangani
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:13361
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Sep 2019 07:32
Last Modified:13 Sep 2019 23:13

Repository Staff Only: item control page