Yong, Elaine Shu Han (2017) Aktiviti perniagaan masyarakat Cina di Taiping pada zaman kemelesetan ekonomi dunia, 1929-1935. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 44 (2). pp. 115-136. ISSN 2180-0251
|
PDF
484kB |
Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1036
Abstract
Artikel ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan aktiviti perniagaan masyarakat Cina di Taiping sepanjang tempoh kemelesetan ekonomi dunia. Krisis ekonomi pada tahun 1929 hingga 1935 menyebabkan peniaga Cina di Taiping menghadapi tekanan ekonomi pada tahap maksima akibat penurunan kuasa beli pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Walau bagaimanapun, keadaan sedemikian tidak menjejaskan penglibatan masyarakat Cina dalam aktiviti perniagaan. Dokumen dan laporan British dalam tempoh kajian memperlihatkan bahawa masyarakat Cina di bandar tersebut menceburkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti perniagaan dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan mereka. Iklan perniagaan masyarakat Cina seperti yang dipaparkan dalam Taipeng Weekly Record jelas menggambarkanperkembangan aktiviti perniagaan Cina di Taiping sepanjang tempoh kemelesetan ekonomi dunia. Justeru, masyarakat Cina di Taiping masih meneruskan penglibatan mereka dalam aktiviti perniagaan walaupun berhadapan dengan krisis dan kemelesetan ekonomi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Perniagaan; Cina; Taiping; Zaman kemelesetan ekonomi dunia |
Journal: | Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies |
ID Code: | 13362 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 11 Sep 2019 07:39 |
Last Modified: | 13 Sep 2019 23:14 |
Repository Staff Only: item control page