Sejarah penubuhan dan perkembangan agensi propaganda: pengalaman Malaysia sejak darurat sehingga Konfrontasi Malaysia-Indonesia (1948-1965)

Sahul Hamid Mohamed Maiddin, (2017) Sejarah penubuhan dan perkembangan agensi propaganda: pengalaman Malaysia sejak darurat sehingga Konfrontasi Malaysia-Indonesia (1948-1965). Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 44 (2). pp. 137-158. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
422kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1036

Abstract

Artikel ini mengkaji perkembangan dan pengalaman agensi propaganda di Malaysia ketika era Konfrontasi Malaysia-Indonesia, 1963-1966. Walau bagaimanapun, perbincangan dimulakan dengan latar belakang perkembangan agensi propaganda yang ditubuhkan oleh kerajaan sejak zaman darurat, 1948-1960. Ia penting bagi mendapatkan gambaran peringkat awal kerana fundamentalnya mempunyai pengaruh British yang sudah sedia arif dengan penubuhan dan kepentingan agensi propaganda. Di Malaysia, ia berevolusi daripada badan penerangan kolonial kepada agensi propaganda rasmi kerajaan selepas merdeka. Tenaga pelaksananya turut berpindah daripada tangan para pegawai British kepada anak tempatan. Bahagian kedua artikel ini memfokuskan kepada pelaksanaan program propaganda dan perang saraf ketika era konfrontasi. Berpandukan pengalaman zaman darurat, dua agensi paling penting, Kementerian Penerangan dan subordinatnya, Seksyen Perang Saraf, menggubal dan melancarkan siri propaganda secara sistematik. Filem, kempen, rapat umum dan unsur patriotisme merupakan antara elemen yang digunakan bagi menyebarkan propaganda. Matlamatnya adalah untuk mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan yang memerintah serta menimbulkan kebencian terhadap musuh. Hasilnya, kerajaan Malaysia terus mara dengan sokongan padu daripada rakyat tempatan serta komuniti politik antarabangsa secara amnya. Artikel ini sebahagian besarnya menggunakan sumber primer seperti akhbar, majalah, dokumen rasmi kerajaan, laporan dan hansard parlimen. Artikel ini merumuskan bahawa agensi propaganda memainkan peranan penting dalam menghadapi dua konflik terbesar sebelum dan selepas merdeka. Pengalaman dalam darurat menjadi pemangkin kepada keefisyenan strategi propaganda ketika konfrontasi.

Item Type:Article
Keywords:Propaganda; Perang Saraf; Kementerian Penerangan; Komunis; Darurat; Konfrontasi
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:13363
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Sep 2019 07:49
Last Modified:13 Sep 2019 23:15

Repository Staff Only: item control page