Bantuan demokrasi di Malaysia: peranan promoter berprofil rendah

Muhamad Takiyuddin Ismail, (2018) Bantuan demokrasi di Malaysia: peranan promoter berprofil rendah. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 45 (1). pp. 1-33. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
571kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1094

Abstract

Berikutan isu pendanaan asing yang mendominasi politik Malaysia sejak 2011, artikel ini menelusuri aktiviti promoter demokrasi berprofil rendah di Malaysia.Berbeza dengan promoter demokrasi berprofil tinggi seperti Amerika Syarikat (AS), Open Society Foundation (OSF) dan yayasan politik Jerman (Stiftungen),promoter demokrasi berprofil rendah terikat dengan kod diplomasi yang lebih sihat. Perbincangan mendapati aktiviti promoter demokrasi berprofil rendah di Malaysia adalah sejajar dengan pendirian umum mereka yang lebih menumpukan kepada program serasi-rejim seperti tadbir urus baik, kesetaraan gender, komuniti terpinggir, alam sekitar dan menggalakkan penyebaran idea-idea kebebasan dan sivik. Penekanan ini sejajar dengan konsep pluralisme dalam promosi demokrasi dan melihat demokrasi sebagai satu proses jangka panjang. Keperluan menjaga kepentingan nasional juga membataskan mereka untuk menjalankan aktiviti yang lebih mengusik status-quo seperti bantuan pilihan raya dan bantuan parti politik.Implikasi kepada organisasi masyarakat sivil Malaysia pula ialah, mereka disarankan mengadakan pertautan yang lebih besar dengan promoter demokrasi berprofil rendah untuk memudahkan aktiviti mereka tidak dibayangi oleh retorik promoter berprofil tinggi.

Item Type:Article
Keywords:Bantuan demokrasi; Pendanaan asing; Promosi demokrasi; Promoter demokrasi
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:13364
Deposited By: ms aida -
Deposited On:12 Sep 2019 06:14
Last Modified:13 Sep 2019 23:16

Repository Staff Only: item control page